Resepi Mee Goreng Basah Man Java

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Mee Goreng Basah Man Java  yang mudah dan ringkas. Rasanya kebanyakan korang...

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Mee Goreng Basah Man Java yang mudah dan ringkas. Rasanya kebanyakan korang pun dah tau kan macam mana nak masak resepi yang satu nie. Cuma Kak Sue saja nak kongsi resepi Mee Goreng Basah Man Java nie bila ramai yang komen nampak sedap, tapi memang sedap pun tau. Cukup rasa semuanya bertambah tetamu makan. Sapa lagi nak puji suami kalau bukan isteri sendiri kan.. hehehe..

Resepi Mee Goreng Basah Man Java
Mee Goreng Basah Man Java

Resepi Mee Goreng Basah Man Java

Resepi Mee Goreng Basah Man Java nie sama aja dengan resepi yang lain. Bahannya sama ja cuma bab pedas atau nak masin tu ja kena ikut selera sendiri kan. Tambah Abang Man suami Kak Sue nie jenis tak suka nak ikut resepi sangat. Kalau masak tu, lebih suka ikut apa yang ada dan ikut rasa hati aja katanya. Kadang masak campak-campak macam nie pun sedap kan..

Sebelum nie rasanya ada dah Kak Sue kongsi kat sini, yang Abang Man nie sebenarnya bekas tukang masak. Masa bujang dulu bekerja sebagai tukang masak di hotel dan restoran lima bintang. Cuma bila Kak Sue lahirkan Kakak, tak lama tu Abang Man berhenti kerja. Tu yang bermula kami berniaga kecil-kecilan sampai lah sekarang nie, tapi skill masak masih tetap ada tau.  Okay lah tak nak buang masa korang jom kita tengok resepinya jom..

Mee Goreng Basah Man Java

Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
1 bungkus bebola ikan
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu sos tiram
1 kiub ayam Knorr
Sedikit sayur sawi 
Sedikit daun sup dan bawang
Sedikit cili besar

Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian goreng ayam sampai masak
Kemudian masukkan bebola ikan, goreng sekejap
Masukkan bahan kisar tadi, biarkan cili masak sekejap
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Biarkan semua bahan masak sekejap
Masukkan kiub ayam kacau sebati
Kemudia masukkan mee tadi kacau sekejap
Akhir sekali masukkan sayur dan perasakan dengan garam
Tutup api, masukkan dalam mangkuk dan taburkan daun sup, daun bawang dan cili besar sebagai hiasan
Sedia untuk dihidangkan

Korang boleh cuba resepi nie juga Resepi Mee Celup Kelantan

You Might Also Like

14 ulasan

  1. Sedapnya mee goreng basah ;)

    Peberet kita juga.

    Done follow sini. Cantik Ig. Kemas je

    ReplyDelete
  2. adoi.. tengok gambar pun dah meleleh air liur sha nie, kak sue..

    ReplyDelete
  3. Meleleh air liur tengok mee goreng nie. OK since tak makan lagi nie boleh la try resepi nie.

    ReplyDelete
  4. Terus lapar bila tengok gambar ni

    ReplyDelete
  5. mee goreng basah favourite ekin 🙆🏻‍♀️ boleh cuba resepi ni nanti, hihiii

    ReplyDelete
  6. SA bantai mkn mee kak..tu yg perut meragam balik...

    ReplyDelete
  7. Memang terliur betul tengok Mee Goreng Basah Man Java ni..

    ReplyDelete
  8. memang suka mee goreng basah ni.

    ReplyDelete
  9. Saya suka mee goreng basah. Sedap tu.

    ReplyDelete
  10. baru aje buat sabtu lepas.
    sebab demam. so tak kuasa nak masak2 lauk pauk.
    so, goreng mee jer.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya. Menyelerakan saya tgk kak.

    ReplyDelete
  12. sedap kak.. nak cuba nanti

    ReplyDelete
  13. bila nk dapat rasa air tangan abang man ni kak. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.