Resepi Ayam Goreng Halia

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi resepi ringkas dengan korang Resepi Ayam Goreng Halia. Sebenarnya resepi nie Kak Sue ambik dari Instagram Wana Kamal. Kadang kalau tak ada idea memang Kak Sue akan ke Instagram beliau. Bila nampak resepi Ayam Goreng Halia nie macam teringin pula nak buat dan rasa. Terus lelaju Kak Sue cuba dan masak. Tak sangka pula lah orang kat rumah nie semua suka.. Alhamdullilah..

Resepi Ayam Goreng Halia
Ayam Goreng Halia

Resepi Ayam Goreng Halia

Sebenarnya resepi Ayam Goreng Halia nie ringkas dan senang sangat korang. Bahan yang memang dah ada kat rumah pun. Cuma Kak Sue nie suka derhaka kat resepi, tambah sikit bahan. Tu pun sebab Abang Man yang minta letakkan bawang besar sekali. Kita ikut ja lah kan, sayang suami katanya.. hehehe..

Owh ya, mesti ada yang tertanya sapa Wana Kamal nie kan, antara insta famous masakan nie tau. Bukan setakat masak, kemas rumah dan cara penjagaan rumah pun ada Wana kongsikan. Salah satu idola Kak Sue nie kalau bab urusan rumah tangga. Korang boleh ja singgah kat IG @wanakamal_79 nie ya kalau nak idea masakan atau tips penjagaan rumah. Harus korang suka gila nanti. Okay lah.. jom kita tengok bahan dan cara masak pula jom..

Ayam Masak Halia

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji bawang putih - dihiris nipis
2 inci halia - dihiris nipis
8 biji cili padi - dihiris nipis

Cara-cara :
Gaul ayam dengan garam dan kunyit
Goreng sehingga masak atau yang suka boleh garingkan sikit
Akhir sekali masukkan bahan yang dihiris nipis tadi ke dalam ayam yang tengah digoreng
Kemudian tutup api, boleh lah di angkat
Sedia untuk dihidangkan

Korang boleh juga cuba Resepi Ayam Buttermilk

11 comments

  1. Senang dan nampak sangat sedap dan menyelerakan..boleh cuba resepi ni nanti...tq

    ReplyDelete
  2. Mudah je resepi dia ye Kak Sue.. Nak cepat boleh buat menu nie nanti..

    ReplyDelete
  3. Ermm sedap & mudah! 😊

    ReplyDelete
  4. Mudah ni.. Kang boleh try buat

    ReplyDelete
  5. aduh sedap ni..ada ayam tinggal daging, boleh buat ni..

    ReplyDelete
  6. SA pun selalu rujuk Ig Wana Kamal sebab cara cia masak simple je..kadang2 suka cuba resepi orang untuk pembaharuan..best macam tu

    ReplyDelete
  7. Resepi paling mudah kan.. Wawa pun suka masakan ni

    ReplyDelete
  8. Mudah dan cepat ni Kak Su...boleh guna daging juga kan kak?

    ReplyDelete
  9. Simple tapi sedap kak. Lagi2 ada halia. Boleh buang angin dalam badan lagi.

    ReplyDelete
  10. Nanti i try your recipe, i like to cook ginger chicken also.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤