Resepi Ikan Talapia Goreng Sambal

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa Kak Sue nak kongsi dengan korang resepi mudah dan ringkas lagi kat sini. Biasa lah Kak Sue nak cepa...

Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa Kak Sue nak kongsi dengan korang resepi mudah dan ringkas lagi kat sini. Biasa lah Kak Sue nak cepat semua kan, kali nie Resepi Ikan Talapia Goreng Sambal pula. Kadang kita mak-mak nie naik pening kepala memikir apa menu nak dimasak tiap hari kan. Jadi hari tu Kak Sue mereka lah resepi Ikan Talapia Goreng Sambal nie ikut sesedap rasa Kak Sue, janji ada pedas sikit okay dah. Biasa lah orang kat rumah nie, semua layan makan pedas..

Resepi Ikan Talapia Goreng Sambal
Ikan Talapia Goreng Sambal

Resepi Ikan Talapia Goreng Sambal

Sebenarnya resepi Ikan Talapia Goreng Sambal nie Kak Sue bantai ja semua bahan dia. Bahan asas ja pun, kita yang buat dia kan. Guna bahan biasa yang sentiasa ada kat rumah kita aja.. senang. Kebetulan ada tomato masukkan sekali. Korang yang mana tak makan pedas kurangkan lah cili, yang mana tak suka letak kiub ayam tak payah letak. Ikut selera masing-masing kan, tak mengapa pun. Jom lah Kak Sue nak kongsi bahan dan cara sediakan jom..

Ikan Talapia Goreng Sambal

Bahan-bahan :
2 ekor ikan Talapia
2 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji tomato - dipotong kecil
1 kiub ayam Knorr

Cara-cara :
Goreng ikan Talapia hingga masak, toskan dan ketepikan
Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi hingga masak
Masukkan sedikit air, kacau sebati biarkan mendidih sekejap
Kemudian masukkan kiub ayam Knorr, kacau lagi
Akhir sekali masukkan tomato dan bawang tadi, perasakan dengan garam. Tutup api
Masukkan ikan Talapia tadi ke dalam pinggan, tuang kuah yang dimasak tadi keatas ikan
Sedia untuk dihidangkan

Korang boleh cuba resepi lain juga Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada

You Might Also Like

19 ulasan

  1. Hui..sedapnya..pedas dan masam tomato tu..ngam sangat kalau pada PC.

    ReplyDelete
  2. Kat dalam fridge ada ikan tilapia kak..ingat nak goreng malam nanti nak bawak bekal pi keja esok...SA mmg suka ikan tilapia sebab tu abah rajin pi mancing..selalunya ikan tilapia hitam la..

    ReplyDelete
  3. Ni makan dengan nasi putih tak sedar ni kak

    ReplyDelete
  4. Sedap nya.. Lapar pulak rase huhuu

    ReplyDelete
  5. Wow this looks really appetizing. I love sambal

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak.. Boleh la try buat sbb zaza pun tgh belajar2 masak juga

    ReplyDelete
  7. Lama x makan ikan talapia..sedap dimakan goreng2...

    ReplyDelete
  8. Ikan talapia memang sedap.. Lagi buat sambal.. Laju je makan

    ReplyDelete
  9. Sedapnye Kak Sue, Fav kita ni.. Boleh try resepi akak nanti. Tq resepi

    ReplyDelete
  10. Perghhh i memang suka makan ikan, biasa masak ikan 3 rasa, maybe next round i can try with sambal also.

    ReplyDelete
  11. Eee bestnya. Tetiba rasa macam esok petang lepas balik kerja nak singgah beli ikan talapia. Dah lama dah tak makan ikan talapia.

    ReplyDelete
  12. Perghh sedap ni kalau makan.. Selalu resepi simple2 ni mmg sedap kan

    ReplyDelete
  13. Sedappnye>..Salam sis..jalan2 singgah sini. done follow, jemput follow my blog. Thank you :)

    ReplyDelete
  14. Makan dgn nasi pepanas.. Pergh.. Bertambah kak

    ReplyDelete
  15. waaa..sedap ni ha.. konfem bertambah nasi ni

    ReplyDelete
  16. kite suka kite suka.. cemni garing2 dengan sambal n nasi kosong dah jalan daaa ni. bertambah2 boleh makan..

    ReplyDelete
  17. Menarik ni.
    Sambal cili padi.
    Ikan goreng garing.
    Memang couple yg baik lag dgn nasi putih panas2 :)

    ReplyDelete
  18. Pehh favorite Saya nih

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤