Resepi Ikan Masak Taucu

Assalamualaikum, hai semua. Masih lagi dengan menu berbuka kali nie. Biasalah bulan puasa nie selalunya Kak Sue akan masak hari-hari kalau ...

Assalamualaikum, hai semua. Masih lagi dengan menu berbuka kali nie. Biasalah bulan puasa nie selalunya Kak Sue akan masak hari-hari kalau nak banding hari biasa. Kalau hari biasa kadang makan kat luar kan, bulan puasa nie memang susah nak makan luar. Sibuk uruskan pasar ramadhan dan order memang tak dapat nak jalan keluar. Kali nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah dan ringkas juga Resepi Ikan Masak Taucu. Menu ringkas Ikan Masak Taucu nie antara kegemaran Abang Man, kalau masak lauk nie memang bertambah makan..

Resepi Ikan Masak Taucu
Ikan Masak Taucu

Resepi Ikan Masak Taucu

Biasanya bulan puasa memang tak berapa selera nak makan kan. Bila masak lauk simple macam nie baru lah ada selera sikit. Tambah Abang Man memang payah nak makan kecuali lauk yang Abang Man suka lah. Sejenis yang tak kisah dan tak banyak hal memang senang nak jaga.. hehehe.. Okay jom lah tak nak buang masa korang jom Kak Sue kongsi resepi Ikan Masak Taucu nie jom..

Sebelum tu Kak Sue nak bagi tau korang ikan tu ikut korang tau nak guna ikan apa.  Ikut selera masing-masing. Cili padi pun kalau korang tak makan pedas tak payah letak. Korang boleh letak cili besar atau timun pun boleh ya. Kita yang buat dia, janji ikut selera kita kan..

Ikan Masak Taucu

Bahan-bahan :
4-6 ekor ikan sardin
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
10 biji cili padi - dipotong dua
1 batang serai - diketuk
3 peket taucu
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :
Goreng ikan sardin tadi dan ketepikan
Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi tadi hingga naik bau
Kemudian masukkan taucu dan sedikit air
Masukkan serai diketuk tadi, biarkan mendidih
Akhir sekali perasakan gula dan garam
Kacau, tutup api dan sedia untuk dihidang

Korang boleh tengok resepi nie juga Resepi Pucuk Paku Masak Tauchu

You Might Also Like

8 ulasan

  1. Sedap ni.Lama tak masak ikan masak taucu.Lauk yang ringkas tapi membuka selera..lagi satu lambat nak basi berbanding yang berkuah banyak.

    ReplyDelete
  2. Kalau emak saya ada duk sekali, inilah resepi sempoi yang dia sediakan. Kadang2 tu meriah dgn bawang dengan terung je .. huhu

    ReplyDelete
  3. Betul... Kadang yg simple ni lebih menyelerakan.. Yummy..sedapnye.. Lama jugak tak buat masak taucu ni

    ReplyDelete
  4. ayah saya suka sangat resepi ni sampai lah kami pun terpaksa makan jugak. haha

    ReplyDelete
  5. wow mudah aje ye caranya saya x penah makan lagi ni kak

    ReplyDelete
  6. sha baru buat dua hari lepas.. memang kesukaan sekeluarga nie..

    ReplyDelete
  7. SA x pandai masak taucu..family pun x berapa suka..tp selalu SA makan kat luar je..

    ReplyDelete
  8. Nanyi nak try lah masak taucu ni sedap jugak kak sue makan dengan nasi panas panas

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤