Resepi Ayam Masak Thai

Assalamualaikum, hai semua. Bila bulan puasa kita ibu-ibu nie pening fikir apa nak masak kan. Sama lah macam Kak Sue juga. Hari tu Kak Sue ...

Assalamualaikum, hai semua. Bila bulan puasa kita ibu-ibu nie pening fikir apa nak masak kan. Sama lah macam Kak Sue juga. Hari tu Kak Sue cari resepi nak masak ayam, tetiba terkeluar Resepi Ayam Masak Thai nie. Nampak sedap dan bahan pun mudah aja, kebetulan bahan utama ada dah dalam peti ais. Kak Sue pun terus cuba resepi Ayam Masak Thai nie. Sedap juga tau korang. Sesekali tukar menu masakan dari negara lain kan.. hehehe..

Ayam Masak Thai
Ayam Masak Thai

Resepi Ayam Masak Thai

Resepi Ayam Masak Thai nie mudah dan ringkas je korang. Tak banyak bahan pun sangat. Lepas tu kalau tak habis waktu berbuka boleh ja buat lauk sahur. Cuma Kak Sue nie biasa lah bab tambah dan derhaka kat resepi tak boleh elak.. hehehe..

Cuma kita kena tengok juga lah bahan apa dan berapa banyak kita nak tambah atau kurang. Nanti jadi lain pula rasanya kan. Selalu kalau tambah pun bab nak bagi pedas ja sebab Abang Man kalau tak pedas tak berapa minat. Okay lah jom kita tengok cara nak sediakan jom..

Ayam Masak Thai

Resepi Asal : OhBulan.com

Bahan-bahan :
Bahan A
10 ketul bahagian ayam yang dah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1/2 kiub ayam Knor (Kak Sue tambah)
Sedikit daun limau purut
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan B
3 ulas bawang merah ( Kak Sue guna 1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau (Kak Sue tak letak)
2 biji cili api (Kak Sue tambah)

Cara-cara :
Tumis serai yang dititik sehingga naik bau
Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing
Kemudian masukkan bahan kisar tadi kacau sehingga bergaul mesra
Masukkan sos tiram, sos cili dan air
Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi, perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan







You Might Also Like

16 ulasan

  1. sesekali buat menu macam nie untuk berbuka, menarik juga..
    tq share resepi kak shu..

    ReplyDelete
  2. Betul la kak Sue.Sesekali makan daripada menu luar sedap jugakan...bila Kak Sue sebut Thai terus PC terasa nak masak tomyam..

    ReplyDelete
  3. sesekali buat lain dari dg lain pasti sedap kan kak su

    ReplyDelete
  4. Dapnyeeeeeeee... nk sikitttt...

    ReplyDelete
  5. menarik menu ni kak, nanti nak cuba

    ReplyDelete
  6. Zira tak pernah masak ayam Thai, boleh la try

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak. Mesti wangi bau dia kan. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  8. Seronok kalau pandai masak. Nanti blh zaza belajar masak resepi akk ni.. Nampak mudah je

    ReplyDelete
  9. Nampak lazatlah menu akak nih! nak trylah nanti..

    ReplyDelete
  10. yes! dah ada menu untuk berbuka petang ni dah!

    ReplyDelete
  11. Wah simple and sedap pulak tu, hujung minggu kelly try masak ni pulak.

    ReplyDelete
  12. Marsha sangat suka menu yang simple tapi sedap. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  13. sedapnya nampak. adoihai.. ni dengan nasi panas2 pergh layan..

    ReplyDelete
  14. Sedap. Saya tak pernah lagi masak menu ni kak. Nanti nak try. Kalau ganti dgaing boleh kan kak?

    ReplyDelete
  15. sedap ni.
    aida sangka kan ada tomyam dlm ramuan nyer.
    takde plak ekk.
    mesti wangi jer bila sedang panas atas dapur tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.