Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Assalamualaikum, hai semua. Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur , masih lagi dengan entri makan-makan kat blog ...

Assalamualaikum, hai semua. Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, masih lagi dengan entri makan-makan kat blog Kak Sue nie. Maklumlah tak berapa hari lagi kita semua akan sambut bulan puasa dah kan. Sebab tu Kak Sue suka nak kongsi dengan korang yang mana plan berbuka puasa kat luar dengan keluarga atau kawan-kawan boleh lah cuba Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotels & Resorts nie tau. InsyaAllah puasahati dengan makanan dan layanan kat sini nanti..

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotels & Spa Kuala Lumpur

Kejap ja masa berjalan kan, lagi dua minggu kita semua bakal sambut bulan puasa dah. Kebanyakan hotel dan restoran dah mula promosi menu dan harga tempahan awal untuk pelanggan mereka. Sama juga lah dengan Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotels & Spa Kuala Lumpur nie. Dengan tema tahun nie Aroma D'Ancasa pihak hotel menyediakan pilihan masakan kampung dari beberapa negeri untuk menu berbuka puasa.

Dengan gabungan idea chef-chef yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu yang akan menyediakan kelainan dalam setiap resepi dan menu. Ada lebih 200 menu sajian yang akan disediakan untuk korang nanti tau. Banyak kan, memang rambang mata nak buat pilihan..

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Tahun nie pun masih kekalkan konsep yang sama macam tahun lepas iaitu deretan warung-warung pilihan untuk korang. Antara pilihan warung yang ada di Buffet Ramadhan Aroma D'Ancasa nie ialah Warung Kak Ana, Warong Pak Helmi, Warung Mamu Shah, Warong Juan, Warung Kak Ayu dan macam-macam pilihan warung lain lagi lah yang boleh korang buat pilihan nanti. Yang pasti semuanya sedap dan dihidangkan panas-panas. Jom kita tengok menu-menu yang disediakan jom..

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Untuk pembuka selera ada pelbagai pilihan salad di Warong Kak Ana bersama Ulam-ulaman Kampung, Kerabu Taugeh Kerang dan Jelatah Timun. Selain pilihan lain yang ada kat sini Bergedil Ayam, Sambal Hijau, Sambal Hitam dan tak dilupakan Sambal Tempoyak pun ada juga tau korang. Memang membuka selera betul lah kan..

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Untuk hidangan utama pula, pun ada pelbagai pilihan makanan tradisional Melayu seperti Ayam Golek Berempah, Gulai Kawah Kambing, Sotong Sumbat Tiga Rasa dan Sambal Goreng Jawa. Selain tu menu kegemaran ramai Kambing Bakar pun ada juga kat sini tau. Tak sah lah kalau tak ada menu yang satu nie. Ada juga Pais Ikan Patin dari Pekan, Pahang dan Masak Lemak Cili Api Seafood dari Negeri Sembilan istimewa disediakan istimewa oleh Chef Hotel Ancasa sendiri.

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Menu lain yang disediakan istimewa setiap hari di warong pilihan yang ada kat sini ialah Mee Kari Gear Box, Rendang Itik Minang, Sup Ayam Kampung dihidangkan bersama Roti Benggali, Ayam Panggang PD, Opor Daging Pahang dan pelbagai pilihan masakan tradisional yang lain.

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Akhir sekali tak lengkap lah kalau dalam setiap buffet Ramadhan tak ada pencuci mulut kan. Ada banyak pilihan kat sini juga korang antaranya Serawa Durian Kampung Style, Kuih Ketayap, Lempeng Kelapa, Kole Kacang dan pelbagai pilihan pencuci mulut yang lain samada trmpatan atau barat. Ada juga kurma, buah-buahan, Teh Tarik dan macam-macam lagi.

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Pilihan minuman kat sini pun ada bermacam pilihan sejuk dan panas. Selain tu keistimewaan lain yang korang kena cuba kat sini ialah 'Tandori Chai' campuran khas teh yang dibancuh dengan campuran rempah aromatik rahsia yang mempunyai rasa yang korang tak dapat lupakan dengan harumannya yang lembut.. macam menarik ja kan. Haa.. kena cuba tau nanti..

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Untuk info hanya beberapa menu popular dikekalkan setiap hari dan hanya beberapa menu sahaja yang akan ditukar setiap hari. Tak ada lah korang jemu kan kalau datang lain kali kat sini untuk hari yang lain pula kan. Tak lupa juga kemudahan surau pun ada disediakan kat sini. Korang yang berminat nak berbuka kat sini dan nak buat tempahan awal macam biasa Kak Sue kongsikan semua kat bawah nie nanti ya..

Ramadhan Buffet Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Aroma D'Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Harga
RM70.00nett - dewasa
RM40.00nett - kanak-kanak
(umur 5 hingga 12 tahun)

Harga Promosi
RM60.00nett - dewasa

Untuk Tempahan
03 - 20266060 ext 7703

Website



















You Might Also Like

12 ulasan

  1. kena cuba ni.. sambal belacan dia nampak sedap !!

    ReplyDelete
  2. terus rasa lapar bila tengok menu meriah ni :)

    ReplyDelete
  3. menariknya nama-nama warung tu kak. nama ana pun ada. haha. tp semua menu2 yang dihidang memang membangkit selera untuk berbuka. semua nampak sedap dan segar. pilihan menu pun banyak. berbaloi iftar di sini bersama keluarga dan rakan2.

    ReplyDelete
  4. presentatinnya lawa..menu semua nampak sedap..cuma tpt jauh sket ni, bln puasa jarang ke kl. Tapi, kot2 ofis ada event buka puasa ke..boleh suggest sini

    ReplyDelete
  5. Kak apa nama menu sotong sumbat tuh kak. Eh berkenan pulak nak sunting untuk tekak ni hah

    ReplyDelete
  6. mewah sungguh. banyaknya hidangan!

    ReplyDelete
  7. comel pulak tgk kambing golek tu hahahhaha....sedap2 nampak menu nya ye...

    ReplyDelete
  8. ancasa kuala lumpur tak pernah try lagi..yang PD tu dah..nampak macam syokkk

    ReplyDelete
  9. Tak pernah try lagi kat sini...tahun depan la kalau ada peluang review...nampak sedap semua tu

    ReplyDelete
  10. menarik juga menu-menu dekat Ancasa buffet Ramadhan ni... suka tengok menu sedap-sedap!

    ReplyDelete
  11. cantik2 gambar kak sue buat saya lapar la plak

    ReplyDelete
  12. fuyoo.. menu-menu dia sangat menggoda..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.