Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum, hai semua. Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort. Haa.. masih lagi bercerita tentang makan-makan dan kat mana korang boleh buat pilihan nak berbuka puasa nanti. Jangan jemu tau, mana tau kut boleh bantu buat pilihan untuk korang yang plan nak berbuka kat luar nanti. Jadi salah satu pilihan yang Kak Sue nak bagi cadangan dan nak ajak korang ialah Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort. InsyaAllah.. berbaloi dan puashati..

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Tak lama kita dah nak sambut bulan puasa dah kan. Bila tiba bulan puasa nie sesekali mesti ada plan nak berbuka kat luar, tak kira dah dengan keluarga atau kawan-kawan. Mesti korang tercari-cari kat mana nak berbuka nanti kan, sebab tu Kak Sue nak ajak korang Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort (BGR) nie. Jangan tak tau korang, ada pilihan 200 menu yang akan disediakan nanti tau, rambang mata nak pilih.. hehehe..

Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Tarikan utama kat sini dah tentu lah seleksi buffet yang disediakan iaitu pilihan 200 jenis makanan hidangan tradisional Melayu yang mengingatkan kita kenangan masakan ibu kita kat kampung sampai lah hidangan Barat untuk cita rasa moden. Biasalah kan lain orang, lain seleranya. Bila ada pilihan macam nie semua orang pun puashati kan. Semua masakan kat sini disediakan oleh kumpulan Chef berpengalaman tau.

Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Dengan konsep 'Kebun Dalam Bandar' sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR nie sebab Chef masakan kat sini guna bahan mentah yang ditanam kat sini dan dipetik sendiri oleh chef. Antaranya Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik dimakan pula dengan seruding ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah digabungkan pula dengan bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, hirisan limau nipis dan cili bersama budu untuk penyedap rasa.

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Kalau korang nak tau bunga Telang yang keluarkan warna biru untuk Nasi Kerabu tu pun datang dari 'Kebun Dalam Bandar' di BGR nie tau. Nak lagi best korang pun boleh petik ulam-ulaman tu sendiri dari pokoknya.. menarik kan. Suasana kampung sangat kan. Selain tu bagi pilihan mee pula korang boleh cuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun mereka yang sedap tu.

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Macam tahun sebelumnya, eksklusif sepanjang Ramadhan nie disediakan juga Kambing Bakar tau. Tak sah lah kalau dalam buffet Ramadhan tak ada Kambing Bakar kan. Selain tu ada Sup Kambing, Satay Ayam dan Daging tak lupa juga Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak secara live kat depan korang. Panas-panas lagi tu kan.. memang menarik..

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Pilihan lain yang ada kat sini Nasi Ayam yang dipagang secukupnya dengan sos BBQ ala Oriental dengan rasa empuk dan berjus dihidangkan pula dengan nasinya yang gebu dimakan pula dengan sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri lagi. Memang terangkat lah kan.. hehehe..

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Kalau korang peminat masakan India, ada beberapa pilihan menu yang menarik untuk korang. Antaranya Ayam Varural, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam dan korang boleh layan makan dengan nasi kukus yang disediakan nanti.

Jom Iftar Sesama Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Untuk pilihan menu dari Barat pula korang harus cuba signature dish dekat sini Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Memang lain dari yang lain, anak Kak Sue kalau datang sini memang akan repeat dua tiga kali lah makan. Selain tu pilihan lain yang ada ialah spagetti dan penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara.

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Biasanya kalau dalam menu buffet Ramadhan harus juga kena ada pencuci mulut atau desert nie kan. Di Bangi Golf Resort nie ada bermacam pilihan antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Pekat Cokelat Pekat, Tiramisu Itali juga seleksi kuih muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Selain itu, ada juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Bake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet dengan Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake dengan  Choco Cream, Chocolate Cake dengan Peanut Cream, Sweet Potato dengan Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mouses, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake.

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Akhir sekali, pilihan minuman yang disediakan kat sini antaranya Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga. Untuk minuman panas pula Teh Tarik, Kopi dan Teh juga ada buah-buahan juga tau.

Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Jom Iftar Sesama  Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort
Ramadhan Buffet di Bangi Golf Resort

Iftar Sesama

Untuk info korang tahun nie tema di Bangi Golf Resort ialah Iftar Sesama. Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa aja tapi banyak kebaikan lain yang tersirat di sebalik Iftar Sesama nie seiring dengan maksud 'sesama' tu sendiri iaitu 'bersama'.

Berkongsi Pahala
Selain korang berbuka puasa dengan sajian enak korang juga dapat berkongsi pahala sebab Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak nie kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Dengan sumbangan nie nanti diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan nie khususnya berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusian bagi golongan kurang bernasib baik. 

Makan seenaknya, elak membazir
Dalam usaha Restoran BGR memenuhi janji untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan sentiasa ada di meja buffet sehingga majlis selesai, pihak BGR juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran. Sebab tu Restoran BGR akan berkerjasama dengan Food Aid Foundation dengan sumbangkan dan selamatkan lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Bukan tu aja tau, sepanjang Ramadhan Restoran BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com juga akan sediakan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang nak sumbangkan makanan dan pakaian kepada mereka yang kurang bwrnasib baik yang tak oernah dilakukan oleh mana-mana restoran sebelum ini.

Untuk tahun nie Restoran BGR telah menambah baik kemudahan surau dan tandas. Surau sekarang nie lebih luas dan sekesa untuk menampung lebih ramai jemaah. Tandas pula daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel macam tandas lima bintang tau korang. Memang bersih dan selesa sangat. Selian tu 800 lot parking oercuma juga disediakan untuk korang bagi elakkan kesesakan.

Bagi korang yang berminat nak buat tempahan macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya..

Restoran Bangi Golf Resort

Alamat
No1 Persiaran Bandar, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor

Harga
RM59.00nett - dewasa
RM29.00nett - kanak-kanak

Hotline
1700 81 8557

Tempahan Online

Email
enquiry@bgrrest.com

Website

Facebook

Instagram




Post a Comment

8 Comments

  1. Sedap dan meriah betul menu yang dihidangkan.. Lapar terus tengok..hehe..

    ReplyDelete
  2. Banyaknya pilihan kak. Lebih dari 200 menu tu. Harga kemain murah. Berbaloi bawa family berbuka dekat sini.

    ReplyDelete
  3. aku suka nasi kerabu dia kak
    all ulam soo fresh!!!

    ReplyDelete
  4. so far, berbaloi rasanya berbuka id sini sb pilihan banyak dan harga murah

    ReplyDelete
  5. cantiknya gambar2 akak.. terliur terus saya haha

    ReplyDelete
  6. Semua sedap tapi tak tahu nak makan apa. Last last makan ansi ayam . huhuhu

    ReplyDelete
  7. Makanan memamng sedap sangat, Nanti kita buka sama-sama yea dekat sini

    ReplyDelete
  8. Pilihan yang pelbagai.. meriah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️