SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue nak kongsi dengan korang satu aplikasi baru iaitu SlingApp membantu mencari pekerjaan. Haa.. menarik kan sekarang nie semua senang dan dihujung jari aja. Tinggal rajin tak rajin aja kita nak usaha. Jom Kak Sue nak cerita lebih lanjut lagi tentang SlingApp nie jom..

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Aplikasi SlingApp nie ialah satu aplikasi membantu mencari pekerjaan yang mencatatkan pertumbuhan terpantas di Malaysia dan mensasarkan lebih satu juta padanan kerja dari 10 jenis industri untuk golongan muda berusia antara 18 hingga 30 tahun menerusi usahasama terbaru dengan program eRezeki yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), satu program untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah supaya dapat meningkatkan taraf hidup dengan membuka peluang mencari pendapatan menerusi platform digital.

Dikenali sebagai 'Tinder untuk pekerjaan'. SlingApp membantu golongan muda mencari pekerjaan bertaraf bukan eksekutif sama ada sepenuh masa, separuh masa atau latihan amali (internship) dengan mudah. Pengguna kini boleh layangkan (swipe) ke kiri atau kanan dan mendapatkan padanan dengan bakal majikan daripada pelbagai industri sepertu syarikat baru (startup), teknologi, industri makanan, perkhimatan pelanggan, kecantikan dan kesihatan, peruncitan, kewangan dan pelbagai lagi menerusi aplikasi ini.

Pengasas bersama SlingApp, Teh Tian Ji berkata, "Selepas perlantikan rasmi sebagai rakan kongsi program eRezeki, sebuah inisiatif kerajaan bawah MDEC pada 15 November 2018, berhasrat untuk melancarkan pelbagai kempen untuk mendekati golongan B40 di seleuruh negara untuk mendaftar dan mendapatkan padanan pekerjaan. Mereka juga mensasarkan menjelang penghujung tahun 2019, terdapar lebih satu juta padanan kerja direkodkan menerusi inisiatif ini. Ini boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan berbentuk digital untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai industri".

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Untuk info korang, sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communucations, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma's dan Public Mutual. Majikan tersebut telah menfiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data penggunadi SlingApp.


Sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communications, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma’s dan Public Mutual. Majikan tersebut telah mengiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data pengguna di SlingApp.

Proses saringan pertama sebelum memilih mana-mana calon kini dipermudahkan dengan pengenalan ciri-ciri Auto-Interviu (AI) yang membantu majikan mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar 5 soalan khas kepada calon sebaik sahaja mendapat padanan. Lebih daripada 72% calon yang melalui proses AI ini berjaya menjimatkan masa sehingga 70% berbanding teknik temuduga tradisional.

SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan
SlingApp Membantu Mencari Pekerjaan

Selain dari tu menariknya lagi menurut Lucas Wong, Pengasas Bersama SlingApp satu lagi ciri-ciri unik pada aplikasi ini adalah ketetapan mencari pekerjaan mengikut lokasi yang ditentukan sehingga 30km radius untuk memudahkan calon dari segi perjalanan. Ciri-ciri mengikur lokasi ini berguna bukan saja kepada calon temuduga tapi juga pelajar yang mencari peluang latihan amali di pelbagai sayrikat. Bayangkan, betapa mudahnya untuk menghantar permohonan dan mendapat padanan tanpa perlu tunggu lama di syarikat yang terdekat dengan rumah atau univesiti korang bawah tempoh satu minit..

Dalam masa terdekat juga, SlingApp mensasarkan untuk meluaskan carian pekerjaan di luar kawasan Lembah Klang tau, termasuk Pulau Pinang dan Johor. Mereka juga berhasrat untuk kembangkan operasi di negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Haa.. menarik kan korang. Jadi mana-mana yang tengah cari kerja tu boleh lah cuba guna aplikasi nie ya.

Untuk lebih detail korang boleh lah singgah kat sini www.slingapp.my








Post a Comment

9 Comments

  1. Bagusnya ada apps macam ni kan..memudahkan bagi mereka yang mencari kerja ...nak forward kat kawan laaa..

    ReplyDelete
  2. Wah menarik apps ni kak. Boleh lah try download kot ada keje yg sesuai dengan ana kan.

    ReplyDelete
  3. Sekarang semua senang kan...guna apps je untuk cari kerja...

    ReplyDelete
  4. Sangat bagus ni .Boleh PC bagitahu kawan-kawan dan saudara mara ni .Terima kasih kak Sue perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya aplikasi ni. Menjimatkan masa dan tenaga. Yang penting rajin berusaha. Nampaknya memang dah tiada alasan untuk malas bekerja. Semuanya sudah dipermudahkan. Tinggal klik² je.. Hee..

    ReplyDelete
  6. ni org muda dah bnyk apps nak cari kerja kann

    ReplyDelete
  7. wow menariknya boleh try la nanti. first time dgr ni kak

    ReplyDelete
  8. Applikasi yang bagus.. Nak share dengan adik..

    ReplyDelete
  9. nak try download juga hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️