Cuti-Cuti ke Kelantan

Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue baru sempat nak kongsi cerita Cuti-Cuti ke Kelantan dengan keluarga musim raya hari tu. Sebenarnya dah lama tau Abang Man plan nak cuti-cuti ke Kelantan, tapi asyik lah tertunda ja. Kali nie memang Abang Man nekad nak ke sana dah alang habis beraya dan habis giliran kat rumah keluarga masing-masing kan. Apalagi jom kita jalan.. hehehe..

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan

Cuti-Cuti Ke Kelantan Memang Best

Pengalaman cuti-cuti ke Kelantan nie, memang best tau korang. Dari mula perjalanan kami sampai lah nak balik tu memang kami sekeluarga seronok dan rasa tak puas lagi jalan-jalan kat sana tau. Orang di Kelantan nie semuanya ramah tamah, mesra dan makanan pun murah banyak pilihan pula tu. Perjalanan kami ke Kelantan melalui highway Plus kemudian susur keluar ke Kuala Kangsar. Abang Man ikut jalan ke Grik sebab kami bertolak dari kampung Abang Man hari tu. Ada beberapa jalan lain tapi Abang Man pilih jalan yang satu nie, katanya tak terlalu sunyi. Korang kalau ikut jalan nie jangan lupa isi minyak siap-siap tau sebab jauh nak jumpa stesen minyak yang terdekat..

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Teruja betul Abang Man nak ke Kelantan, walaupun sebelum nie dah pernah ke Kelantan. Ini pertama kali untuk Kak Sue dan anak-anak, siap Kak Sue tak tidur dalam kereta temankan Abang Man memandu. Kami singgah rehat di Banjaran Titiwangsa nak solat dan ke bilik air. Sejuk korang kat sini siap berkabus lagi. Best juga dapat berhenti rehat sekejap kat sini, dapat juga tengok pemandangan menghijau.. chewah! Sebabkan masa kami pergi tu masih dalam waktu cuti agak sesak juga lah. Tandas pun tak berapa nak bersih dengan bau menyegat hidung.. huhuhu.. terpaksalah juga kan.. Ingat macam kat rumah sendiri ke pun kan.. hehehe..
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Selesai semua kat sini, kami sekeluarga teruskan lagi perjalanan. Kali nie anak-anak pun dah tak tidur. Masing-masing teruja dengan nak tengok jalan katanya. Perjalanan kami makan masa dekat lapan jam juga lah, dah nak hampir Maghrib baru kami sampai ke Kelantan. Kebetulan Abang Man nak jumpa agen Kelapa Laut Man Java cawangan Kelantan saudara Ayie. Jadi kami terus je ke sana, selesai berurusan kami dijemput ke rumah beliau kut nak berehat dan solat katanya. Siap belanja Nasi Berlauk Air Dingin lagi, yang pernah viral tu. Allahu.. baiknya la hai walau pertama kali jumpa..

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Seterusnya selesai kami singgah solat dan menjamu selera kat rumah Ayie dan keluarga, kami minta izin nak teruskan perjalanan kami ke tempat lain. Kali nie nak cari tempat nak tidur pula sepanjang kami ada kat Kelantan nanti. Nasib lah sebelum tu Abang Man awal-awal dah buat janji dengan kawan baik Abang Man Ku Fendi yang kami kenal dari belum kahwin lagi. Dah macam keluarga dah, Ku Fendi cadangkan kami lepak di Homestay Tunjung Guest House. Dekat juga dengan bandar dan sangat selesa tau. Nanti Kak Sue cerita pasal homestay nie kat entri lain tau..

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Esoknya pagi-pagi lagi Ku Fendi dah datang bawakan sarapan untuk kami sekeluarga. Dan bermula lah episod meneroka Kelantan, amboi sangat kan.. hahaha! Tak ada lah meneroka sangat tapi Ku Fendi bawa kami sekeluarga ke tempat yang harus singgah bila ke Kelantan. Tu pun kata Ku Fendi tak puas lagi nak bawa kami jalan-jalan sebab masih banyak tempat lagi kami belum pergi. Antara tempat yang sempat kami singgah kat Kelantan hari tu, Pasar Siti Khadijah, Muzium Kelantan, Pasar Che Yeh dan Pantai Cahaya Bulan. Tu yang nak kena datang lagi lain kali tu kan.. hehehe..

Pasar Siti Khadijah

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan

Muzium Negeri Kelantan

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan

Pantai Cahaya Bulan

Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Cuti-Cuti ke Kelantan
Tempat yang paling lama kami singgah tak lain tak bukan Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh. Tau ja lah, bila dapat lampu hijau nie, semua nak diborongnya. Apapun terima kasih untuk Ku Fendi sekeluarga yang melayan kami dengan baik. Semoga silaturahim kita sekeluarga sampai bila-bila ya. Nanti kami datang lagi cuti-cuti di Kelantan, tak puas rasanya. Jumpa lagi korang di entri cuti-cuti Kak Sue yang lain, papai!


13 comments

  1. Bestnya kak sue...seronok pulak saya baca jalan Kelantan ni

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru je pergi bercuti ke sana pada 28 Ogos 2018. kalau jumpa kak sue boleh kita join berkelah sekali!

    ReplyDelete
  3. Seronoknya akak pergi jalan2 ke sana. Teringin pergi tp tu lah ntah mse manalah. Syok shopping and makan2

    ReplyDelete
  4. kelantan my kampung....syok la cuti2 klate...cantik nmpk guest house tu

    ReplyDelete
  5. Nak g kelantan lagi. Cantik pula homestay tu kak. Nanti update entri tentang tu ye.

    ReplyDelete
  6. Kelantan best! Sis plan nak bercuti ke mana lepas ni?

    ReplyDelete
  7. bestnya kalau dpt pergi pasar tu..boleh borong banyak2 XD

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak ke pantai timur. Nanti share tentang homestay tu yer.

    ReplyDelete
  9. Lama tak jalan ke kelantan... bestnya nak plan ke sana lah nanti

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok kak sue bercuti dengan keluarga. Leya pun dah lama tak bercuti ke Kelantan.. Muzium Kelantan tuh mcm tak pernah pegi lagi..

    ReplyDelete
  11. lama dah saya x gi kelantan.. food heaven kat sana kan

    ReplyDelete
  12. bestnya! klantan salah satu negeri yang sha teringin nakp

    ReplyDelete
  13. Lamany aida x ke kelantan. Rindu dgn makanannya. Biasa ke sana dulu sebab asben ada keje. So hampir semua tempat kami da gi alhamdulillah...
    Makanan la best. Maggi ketam, sup belut, nasi ulam...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.