Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue terima lagi Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan. Kawan yang seorang nie Kak Sue anggap lebih kepada adik dan keluarga sendiri. Kawan yang Kak Sue kenal bila Kak Sue berniaga beberapa tahun dulu. Kadang kalau kami tak jumpa, cukup lah bertanya khabar. Bukan setakat ilmu niaga ja kami berkongsi tapi ilmu akhirat yang selalu beliau kongsikan juga. Terima kasih Jemahku Fara dengan Hadiah Istimewa nie ya.. suka sangat..
Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan |
Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan
Selalunya kalau kawan Kak Sue nie pergi bercuti kemana-mana, beliau tak pernah lupa buah tangan atau hadiah istimewa untuk Kak Sue. Kadang kita tak harapkan pun hadiah istimewa dari seorang kawan, cukup lah doa dan ingatan untuk kita kan. Macam tu juga lah bila Kak Sue rungsing atau nak marah pada sesuatu perkara beliau akan beri kata nasihat yang positif. Lega dan reda sikit hati nie..
Kawan Kak Sue nie juga dah beberapa kali buat umrah bersama keluarga beliau. Seronok dan teringin nak macam beliau juga. Kata Fara, niat aja dalam hati Kak Sue nak ke sana, nak jadi tetamu Allah. InsyaAllah.. Allah akan mudahkan dan rezeki tu akan ada nanti. Semoga ada rezeki juga untuk Kak Sue sekeluarga satu hari nanti.. sebelum Kak Sue menutup mata.. aamiin..!
Terima kasih sekali lagi ya Jemahku sayang, semoga Allah kurniakan segala yang baik-baik untuk awak sekeluarga. Semoga ukhuwah kita sekeluarga nie berpanjangan selamanya. Jangan lupa Kak Sue dalam setiap doa awak ya. Sayang selalu.. dunia dan akhirat..
18 Comments
Begitulah ukhuwah kan kak Sue..bila sama-sama menjaga insyaAllah akan terpelihara..moga bertemu di dunia...bersama-sama di Jannah-Nya..آمین
ReplyDeleteBaiknya beliau...xlupa buahq tgn
ReplyDeleteAlhamdulillah.. comel-comel hadiah tu..
ReplyDeleteSemoga ukhwah Shu dan sahabat berkekalan.. Aamiin..
Seronok bila dapat buah tangan dari seseorang kan kak..tanda ingatan dan tanda ukhwah terjalin...
ReplyDeletecantik!
ReplyDeleteSeronok kan bila ada kawan yang sentiasa mengingati
ReplyDeleteRezeki kak sue. comel hadiah tu
ReplyDeleteAlhamdulillah ada kawan yang baik tu kak. Semoga persahabatan akak berpanjangan.
ReplyDeletesemoga ukhuwah kak sue dgn rakan kak sue berpanjangan. seronok baca
ReplyDeleteKak sue ni baik, peramah, siapa tak suka, siapa tak sayang rugi! Untung kak sue
ReplyDeleteWah, best lah uols. Tambah koleksi lagi kan :)
ReplyDeletealhamdulillah kawans ejati yg selalu ingat kat kawannya
ReplyDeletesyok dpt ole2 overseas
ReplyDeleteBestnyeeee dapat ole-ole istanbul gitu..
ReplyDeleteBegitulah ukhuwah persahabatan... Alhamdulillah dan tahniah Kak Sue.. Kak Sue memang baik.. Selayaknya kak sue menerima penghargaan tersebut. Dan didoakan semuanya dapat menunaikan umrah/haji di mekah
ReplyDeleteinsyAllah..semoga ada rezeki akk menunaikan umrah....
ReplyDeleteSeronok dapat ole ole daripada kawan kak
ReplyDeleteIstanbul. Wishlist.
ReplyDeleteAida xde lagi fm dari istanbul.
Gitu la sahabat. Dpt beli kan gift kecik pon jadik la kan. Tanda ingat kat kawan.
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️