Dapur Kak Sue

Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah bulan Ramadhan tahun nie pun Dapur Kak Sue beroperasi macam biasa. Walaupun sibuk nak keluar bantu berniaga di Pasar Ramadhan tapi Kak Sue masih sempat masakkan menu berbuka untuk keluarga. Terima kasih juga pada Kakak dan Alang yang bantu Kak Sue masak setiap hari. Ringan banyak kerja Kak Sue di dapur tau, Alhamdullilah. Menu di Dapur Kak Sue macam biasa lah lebih kepada lauk pauk kampung. Kuih muih Kak Sue beli ja..

Dapur Kak Sue
Dapur Kak Sue

Menu Dapur Kak Sue

Menu di Dapur Kak Sue macam yang Kak Sue bagi tau kat atas nie tadi, biasanya lauk pauk kampung ja. Kak Sue dah jarang buat kuih muih atau kek dah. Kebanyakkan resepi yang Kak Sue kongsi pun menu yang ringkas dan cepat disediakan. Senang kan, boleh juga untuk ibu-ibu yang bekerja pun cuba resepi Kak Sue tu. Kadang kelam kabut balik kerja dah nak kena memasak pula kan..

Setakat hari nie Kak Sue masih lagi diberi peluang dan kesihatan untuk masak juadah berbuka untuk keluarga Kak Sue. Abang Man dan anak- anak lebih suka Kak Sue masak setiap hari, tak kisah walau goreng telur pun janji Ibu yang masak. Haaa.. sampai macam tu lah, tak nak makan lauk beli dah bila bulan Ramadhan nie. Jenuh juga la Ibu memikir apa nak masak setiap hari..

Dapur Kak Sue
Dapur Kak Sue
Dapur Kak Sue
Dapur Kak Sue
Sebenarnya ada juga Kak Sue beli lauk-pauk di Pasar Ramadhan bila nak buat tambah-tambah lauk, cuma tahun nie belum ada rezeki lagi Kak Sue nak cuba dan beli lauk-pauk di Pasar Ramadhan. Beberapa hari lepas ada juga kawan niaga Pasar Ramadhan hantar lauk-pauk kat gerai Abang Man. Meriah meja makan kami kat gerai Pasar Ramadhan.

Apapun pada korang yang tercari-cari resepi mudah dan cepat boleh la klik blog Kak Sue tau. Nanti Kak Sue kongsikan lagi resepi lain kat blog Kak Sue nie. Selamat mencuba korang.. papai!



Post a Comment

9 Comments

  1. Suka tengok menu menu kak sue, simple dan senang disediakan.. Thank you kak sue. Semoga lancar urusan di bulan puasa ni 😊

    ReplyDelete
  2. Lauk yang ringkas tulah yang laku...yang buka selera kak Sue..

    ReplyDelete
  3. Kemasnya dapur Kak Sue tu.. Rajin akak kemas yea...

    ReplyDelete
  4. bln puasa kalo ari keje mmg makmertua and hubby masak...tugas wat air je amy tp weekend br la masak...tp bln puasa ni kdg mcm2 nk mencuba resepi kn

    ReplyDelete
  5. dapur cantik dan kemas nak masak pun semangat hehehhe

    ReplyDelete
  6. Ana puasa ni masak je. Puas hati. Beli kat luar tu tak berbaloi kadang.

    ReplyDelete
  7. kemas sungguh dapur Sue..kalau dapur akak hehe mengalahkan tukang masak kot. Betul tu Sue walau kita masak simple tapi cukup sedap lebih2 lagi airtangan seorang ibu kan..

    ReplyDelete
  8. dapur cantik, makanan pun nampak sedap tu kak

    ReplyDelete
  9. Kemasnya dapur kak sue. Baru ada semangat nak memasak. Betul tu kak sue air tangan ibu memang sedap walaupun telur goreng kicap je. Selamat berbuka kak sue

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️