Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah bulan Ramadhan tahun nie pun
Dapur Kak Sue beroperasi macam biasa. Walaupun sibuk nak keluar bantu berniaga di Pasar Ramadhan tapi Kak Sue masih sempat masakkan menu berbuka untuk keluarga. Terima kasih juga pada Kakak dan Alang yang bantu Kak Sue masak setiap hari. Ringan banyak kerja Kak Sue di dapur tau, Alhamdullilah. Menu di Dapur Kak Sue macam biasa lah lebih kepada lauk pauk kampung. Kuih muih Kak Sue beli ja..
|
Dapur Kak Sue |
Menu Dapur Kak Sue
Menu di Dapur Kak Sue macam yang Kak Sue bagi tau kat atas nie tadi, biasanya lauk pauk kampung ja. Kak Sue dah jarang buat kuih muih atau kek dah. Kebanyakkan resepi yang Kak Sue kongsi pun menu yang ringkas dan cepat disediakan. Senang kan, boleh juga untuk ibu-ibu yang bekerja pun cuba resepi Kak Sue tu. Kadang kelam kabut balik kerja dah nak kena memasak pula kan..
Setakat hari nie Kak Sue masih lagi diberi peluang dan kesihatan untuk masak juadah berbuka untuk keluarga Kak Sue. Abang Man dan anak- anak lebih suka Kak Sue masak setiap hari, tak kisah walau goreng telur pun janji Ibu yang masak. Haaa.. sampai macam tu lah, tak nak makan lauk beli dah bila bulan Ramadhan nie. Jenuh juga la Ibu memikir apa nak masak setiap hari..
|
Dapur Kak Sue |
|
Dapur Kak Sue |
Sebenarnya ada juga Kak Sue beli lauk-pauk di Pasar Ramadhan bila nak buat tambah-tambah lauk, cuma tahun nie belum ada rezeki lagi Kak Sue nak cuba dan beli lauk-pauk di Pasar Ramadhan. Beberapa hari lepas ada juga kawan niaga Pasar Ramadhan hantar lauk-pauk kat gerai Abang Man. Meriah meja makan kami kat gerai Pasar Ramadhan.
Apapun pada korang yang tercari-cari resepi mudah dan cepat boleh la klik blog Kak Sue tau. Nanti Kak Sue kongsikan lagi resepi lain kat blog Kak Sue nie. Selamat mencuba korang.. papai!
9 Comments
Suka tengok menu menu kak sue, simple dan senang disediakan.. Thank you kak sue. Semoga lancar urusan di bulan puasa ni 😊
ReplyDeleteLauk yang ringkas tulah yang laku...yang buka selera kak Sue..
ReplyDeleteKemasnya dapur Kak Sue tu.. Rajin akak kemas yea...
ReplyDeletebln puasa kalo ari keje mmg makmertua and hubby masak...tugas wat air je amy tp weekend br la masak...tp bln puasa ni kdg mcm2 nk mencuba resepi kn
ReplyDeletedapur cantik dan kemas nak masak pun semangat hehehhe
ReplyDeleteAna puasa ni masak je. Puas hati. Beli kat luar tu tak berbaloi kadang.
ReplyDeletekemas sungguh dapur Sue..kalau dapur akak hehe mengalahkan tukang masak kot. Betul tu Sue walau kita masak simple tapi cukup sedap lebih2 lagi airtangan seorang ibu kan..
ReplyDeletedapur cantik, makanan pun nampak sedap tu kak
ReplyDeleteKemasnya dapur kak sue. Baru ada semangat nak memasak. Betul tu kak sue air tangan ibu memang sedap walaupun telur goreng kicap je. Selamat berbuka kak sue
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️