Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur pula. Lagi beberapa minggu kita nak sambut puasa, semakin rancak lah sana sini pakat kongsi kat mana tempat menarik nak berbuka kan. Tu yang Kak Sue pun nak ajak korang yang mana tercari-cari tempat berbuka boleh lah tengok-tengok Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur..
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Macam biasa lah kan, bila menjelang bulan Ramadhan setiap tahun, setiap hotel-hotel akan memperkenalkan menu Ramadhan masing-masing. Sama juga lah dengan Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur nie. Tahun nie Ancasa Hotel & Spa memilih tema
'Kampong Boy' bertepatan dengan Kempen 'Stay, Dine & Win' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
Memandangkan sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelnggan-pelanggan hotel yang menikmati Ramadhan Buffet tahun lepas, Ancasa Hotel & Spa, telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung bagi tahun 2018
Dengan tema
'Kampong Boy' gabungan idea chef-chef dari Ancasa Hotels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu dan seni kulinari akan menyediakan kelainan dalam setiap resepi dan menu untuk kali nie tau. Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan. Jom kita tengok menunya jom..
Menu Sajian Masakan Melayu di Ancasa Hotels & Spa Kuala Lumpur
Menu Utama
• Rendang Ayam, Udang Ranggup Iman Madina, Sotong Sumbat Sos Pedas, Kambing Golek, Ikan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan macam-macam pilihan yang lain lagi.
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
Pencuci Mulut
Ada bermacam aneka pilihan kuih muih tradisioanl seperti Apam Balik, Ketayap, Wajik, Kuih Talam, Seri Muka dan pelbagai manisam yang pastinya mengubat rindu korang pada masakan bonda di kampung halaman.
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
Pada tahun nie juga pihak hotel masih lagi mengekalkan konsep gerai dan 'live cooking' dengan 12 gerai dihias bertemakan ' Kampong Boy'
 |
Ramadhan Buffet Kampong Boy di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur |
"Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar tambahan pula harga bahan-bahan mentah semakin meningkat, pihak kami masih lagi mengekalkan harga yang sama dengan tahun lepas dan harga yang kami tawarkan adalah berbaloi berbanding dengan Ramadhan Buffet yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang lain" kata Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan Ancasa Hospitaliti..
Pada korang yang berminat nak berbuka kat sini, macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya..
Ancasa Hotel & Spa
Kuala Lumpur
Masa
7 petang - 10 malam
Harga
17 May - 13 Jun 2018
Dewasa : RM68.00 nett
Kanak-kanak : RM40.00 nett
Harga Promosi
Sebelum 12 Mei 2018
RM58.00 nett
Untuk Tempahan
03-2026 6060
Website
23 Comments
SA dh la tgh diet nasi..mlm ni makan popia je..nampak lauk ni semua terus lapar nasikkkk...kak suuuueeee....lapar laaaa
ReplyDeletewahhhh banyak menu dan masih kekalkan masakan kampung. Harga pun berpatutan kan kak sue. Bulan puasa boleh dtg sni nnti.
ReplyDeleteBest..masakan kampung ada d bandar 😘😘😘😘
ReplyDeletemenu kampung memang tak mengecewakan di Ancasa Hotel, Bonde pernah nikmatinya di Ancasa Hotel Port Dickson... merecikkkkk air liur kite
ReplyDeleteRasa terliur pulak tengok udang rangup tu kak Sue....alhamdulillah kebanyakkan hotel dah mula promosi buffet Ramadhan..bahang Ramadhan kian terasa...seronok rasanya....
ReplyDeleteSedapkan lauk pauk kat sini..dgn kambing..aduhaiii terbayang2 lagi ni..😁
ReplyDeleteTema kampung boy.. Kalo p buffet Ramadan mmg rambang mata
ReplyDeleteBanyak menu..rambang mata saya tengok kak sue
ReplyDeleteWow..banyaknya makanan...confirm kenyang sampai sahur besok pagi ni.hehe
ReplyDeletemeriahnya tengok lauk pauk semua tu...harga pun boleh tahan la...
ReplyDeleteMenu sedap-sedap...nama buffet kampung boy pun unik dan menarik
ReplyDeletedulu membesar dgn cerita dan komik kampung boy. mmg manggamit kenangan laa
ReplyDeleteMeriah menu2 dekat sini kak. Semua nampak sedap. Harga pun murah je tu.
ReplyDeleteMeriah sangat.. terbaik
ReplyDeleteWaaah.. eh di ada soa jugak ek kat snaa
ReplyDeleteSuka tengok main course dan pencuci mulut tu haa.. Nampak sedap semuanya kak sue.. 😍
ReplyDeleteBerbaloi dah harganya tu siap ada promosi lagi 👍
Murahnya harga buffet kat sini berbanding hotel lain. Makanan pun pelbagai dan sedap. Pencuci mulut tu terliur lah.
ReplyDeleteMa shaa Allah makanan dia..boleh hancur diet camni..
ReplyDeleteDah lama x berbuka di hotel. Makanan di sini nampak sedap2 belaka. Yummy...
ReplyDeleteJom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html
Bestnya. Banyak pilihan makanan and semua nampak sedap.
ReplyDeletewahhh sedap2 ni masakan kampung... menyelerakan mcm ni kak sue..
ReplyDeletebulan puasa dapat makan makanan tradisional memang best.menu pun banyak tu
ReplyDeleteWah, tema kampung bestnya. Masakan pun byk pilihan.
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️