Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang yang kaki makan tu, satu tempat menarik yang harus korang cuba
Makan Culture di Melawati Mall Dengan Menu Pilihan Asia dan Barat. Kak Sue pertama kali tau cuba makan kat sini tapi memang puashati dengan Makan Culture di Melawati Mall Dengan Menu dan Asia Barat yang disediakan sini. Jom Kak Sue nak kongsi kat korang apa yang Kak Sue cuba kat sini kali nie..
|
Makan Culture di Melawati Mall Dengan Menu Pilihan Asia dan Barat |
Makan Culture di Melawati Mall Dengan Menu Asia dan Barat
Sebelum tu, untuk info korang Makan Culture di Melawati Mall nie dibuka pada tahun 2015 dah dan dibawah franchise Restoran Sakura Kristal. Makan Culture nie juga menyediakan makanan Asia sebagai menu utama mereka selain dari pilihan makanan barat. Lagi satu korang tak payah risau sebab kat sini memang ada sijil Halal dari JAKIM. Jadi korang boleh makan dengan selesa tanpa rasa was-was tau..
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Kak Sue ke Makan Culture hari tu, dengan Abang dan kawan-kawan blogger yang lain nak cuba makanan apa yang best kat sini. Kak Sue order Cheezy Chiken Steak dan Abang Man pula order Special Claypot Curry dengan nasi putih. Biasa lah Abang Man, memang kureng sikit dengan makanan Barat nie, nasib kat Makan Culture nie ada pilihan makanan Asia dan Barat. Senang sikit kan boleh pilih mana yang selera kat tekak kita..
Cheezy Chicken Steak RM18.90
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Special Claypot Curry RM20.90
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Portion setiap menu kat sini banyak tau bagi Kak Sue, jenuh juga la nak habiskan. Kak Sue ada juga cuba beberapa menu kawan blogger yang lain. Saja kami plan tak nak order makanan yang sama. Jadi boleh lah rasa makanan kawan blogger yang lain juga. Nanti order macam-macam tak habis membazir pula kan. Dapat rasa sorang sikit okay dah. Jom tengok menu lain yang ada kat Makan Culture nie jom..
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Nasi Volcano RM20.90
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Buttermilk Chicken RM19.90
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Buttermilk Spagetti Ayam Goreng RM17.90
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Burger Banjir RM19.90
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Pilihan Minuman - Fizzy Kasturi, Tembikai Laici dan Lemon Madu
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Pilihan Minuman - Summer Peach dan Teh Tarik Leleh
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Pilihan Minuman - Cookies and Cream
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Pilihan Minuman - Triple Chocolate
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Kalau korang datang sini, Kak Sue cadangkan cuba 'signature dish' kat sini iaitu Nasi Volcano dan Buttermilk Chicken. Memang sedap dan cukup rasa semua. Tempat pun bersih dan selesa, surau pun tak jauh dari Makan Culture nie. Kak Sue dan keluarga kalau jalan-jalan cari makan macam nie, mesti nak pastikan tandas dan surau ada dekat-dekat situ, senang kan..
|
Makan Culture di Melawati Mall |
Korang kalau jalan-jalan kat Melawati Mall tu jangan lupa tau singgah sini. Makanan sedap, servis cepat dan layanan pun mesra. InsyaAllah korang mesti puashati. Selamat mencuba dan menjamu selera.. papai!
30 Comments
Nasi volcano tu nampak ohsem.. Air dia pun mengancam..
ReplyDeleteWahhhh banyak menu dia erk kak nampak pun sedap² tu... Dah lama tak pegi melawati mall. Boleh plan next time ke sni lah..
ReplyDeleteRamai yang bagitahu saya, makanan di Makan Culture ni sedap. Tapi tak pernah makan pun. Just lalu kat restoran tu..ambik bau je. Hahaha. :P
ReplyDeleteSejenis godaan apakah ini kak sue oi..banyaknya menu semua nampak sedap sedap belaka. Aishh habis lah diet ku ini. Semua benda ku terasa nak makan
ReplyDeletewahhh cantiknya interior design restoran nie. Very minimalist but yet very pretty. Menu2 yg dihidangkan pon nmpk menyelerakan sgt ye. Kenyang lah Kak Sue makan di sini. Nanti sy nk singgah juga lh utk cuba
ReplyDeleteServis cepat dan layanan mesra tu sangat menarik. Kalau servis macam siput...alehaiii rasa malas nak repeat kat tempat makan tu kan?. Deko kat dalam kedai nampak macam bangunan lama tapi diberi sentuhan baharu. Hmmm....should try lah makan kat sini.
ReplyDeleteNina belum lagi sempat pi Melawati Mall.
ReplyDeleteNampak Buttermilk Spagetti Ayam Goreng tuuu menarik. Anak-anak sure suka kalau nina order tuk depa.
Nanti nak try laaa
Wah bestnyer Kak Sue. Nampak menyelerakan semuanya.
ReplyDeleteHarga pun not bad. Kecur airliur saya tengok gambar makanan ni.
Nanti la nak pergi Melawati Mall ni cuba
Restoran ni nampak menarik dan selesa sekali, makanan yang dihidangkan nampak ada style. Minuman pula... Wahhh bikin terliur akak.. menarik... Nak pi la nanti
ReplyDeleteMenu-menu tu semua sedap-sedap belaka. Sebab tu Ana dah banyak kali terjah makan dekat Makan Culture ni. Memang puas hati.
ReplyDeleteNasi volcano ni nmpk sedap portion pun agak byk. Tak pernah lg berjln ke melawati mall, klu pg blh cr kedai ni utk mencuba
ReplyDeleteLihat foto foto makan culture seperti Claypot Curry tuh penasaran ingin nyoba. Tuh makanannya dimasaknya dalam panci dari tanah ya? Hhhmm... benar benar culture
ReplyDeleteaida x ingat blog mana, tapi aida pernah komen yg aida suka deko tudung saji putih kat dinding tu.
ReplyDeletenice. kreatif. menarik perhatian. simple aje tapi the best idea.
tentang makanan, hmmmm jgn ckp la. baru tgk ni rasa dah nak ngap.
ini kan pula kalau dpt merasa nyer... wow!!!
Tengok air tu memang menyelerakan rasa macam nak cuba pergi makan kat sini hehehehe tempat pun nampak selesa dan kemas...
ReplyDeletenampak sedap. nanti kita pun nak try makan sinilah. thanks atas perkongsian ;) macam sedap je.nasi volcano tu
ReplyDeleteAir semua nampak menggiurkan.. kalau irra berpeluang ke melawati mall boleh la cuba makan kat sini. Nasi volcano tu betul-betul volcano tu
ReplyDeleteTheir beverages really attract me the most but to bad I'm not the sweet person. Definitely their food is my main target. Just show my friend on this and plan to go tomorrow... Yeah!!!
ReplyDeletemenariknya minuman yang dihidangkan.,..nyummy
ReplyDeleteHaritu masa ke Melawati Mall masih baru dibuka. Masih banyak kedai belum buka lagi. Nanti nak p sini sah. Macam best je kan
ReplyDeletehausss blk tgk air yg amy minum aritu hehe...mkn sini portion beso bole share2
ReplyDeleteLokasi yang menarik! Nanti saya nak pi makan di sini. Dekat dengan rumah dan tingkat 3 tu saya memang selalu pergi. Hehehe.
ReplyDeleteMemang sedap kan Kak Sue.. LeYa pun dah tersuka dengan sengaja nak makan kat sini lagi.. Hehehe..
ReplyDeletenampak sedap dan sampai terliur dah akk ni Sue..hehe
ReplyDeletesuasana sangat selesa dan cantik. Menu pun sedap-sedap :)
ReplyDeleteI love the concept that brings by Makan culture. It seems they serve variety of Asian and Western cuisines. Look attractive the menu and I feel hungry after look at the nice food pictures.
ReplyDeleteTempat dia cantiknya kak...makanan pun nampak macam best. Masuk list lah camni hehe
ReplyDeleteLama.x mkn menu claypot ni..mengiurkan..nti dtg sn boleh ssgh
ReplyDeleteMarsha tertarik dengan claypot curry dia....sedappppp
ReplyDeleteAir Triple Chocolate tu menyelerakan kan. Dah terliur tengok ni.
ReplyDeleteNasi volcano tu nmpk best lah k.da. menu lain pun mengoda, terliur tgk.
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️