Pilihan Surah Yang Baik Untuk Kita Amalkan

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi Pilihan Surah Yang Baik Untuk Kita Amalkan. Perkongsian yang nie pun Kak Sue dapat dari group whatapps family Abah Kak Sue. Selalunya Pak Zul, bapa sedara Kak Sue rajin kongsikan nasihat, tips dan petua yang bagus kat group tu. Dapat lah kami semua kat dalam tu serba sikit ilmu dan tips untuk panduan kan. Jom kita tengok dan sama-sama cuba istiqomah dengan pilihan surah yang baik untuk kita amalkan..

Pilihan Surah Yang Baik Untuk Kita Amalkan
Pilihan Surah Yang Baik Untuk Kita Amalkan

Pilihan Surah Yang Baik Untuk Kita Amalkan

Sebenarnya antara pilihan surah yang baik untuk kita amalkan, memang ada yang kita akan baca setiap hari dalam solat kita pun. Cuma bila kita duduk sesaja, ada masa lapang atau sambil tunggu masuk waktu solat boleh la kita baca pilihan surah yang akan Kak Sue kongsikan nanti. Nak baca selepas solat atau sebelum tidur pun boleh. Jadi tanpa buat masa jom kita tengok surah-surahnya jom..

1. Surah Al Fatihah untuk melindungi anda dari kemurkaan Allah

2. Surah Yaasin untuk melindungi kita dari kehausan pada hari pengadilan

3. Surah Waaqi'ah untuk melindungi kita dari kefakiran dan kelaparan

4. Sural Al Mulk untuk melindungi kita dari azab kubur

5. Surah Al Kautsar untuk melindungi kita dari kejahatan musuh

6. Surah Al Kaafiruun untuk melindungi kita dari kekafiran pada saat ajal menjemput kita

7. Surah Al Ikhlaas untuk melindungi kita dari kemunafikan

8. Surah Al Falaq untuk melindungi kita dari merbahaya

9. Surah An Naas untuk melindungi kita dari fikiran jahat

Haa.. nie antara pilihan surah yang baik untuk kita amalkan dan ada banyak lagi pilihan surah yang lain sebenarnya. Semoga dengan perkongsian Kak Sue nie membuka hati kita semua untuk amalkan dalam hidup kita sehari-hari. Untuk Pak Zul dan hamba Allah yang berkongsi perkongsian yang sangat baik nie semoga pahala terus berpanjangan selamanya untuk mereka, aamiin ya rabb.. Semoga bermanfaat untuk semua ya..


Post a Comment

11 Comments

  1. Alhamdulillah
    terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Semoga kita sentiasa konsisten baca! ^^ thanks for sharing sister!! =D

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus kak :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih share! Kadang dah baca pun terlupa jugak hehe

    ReplyDelete
  5. Nice sharing. Dah lama xamalkan a few surah yang disebut. Thanks peringatan.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. terima lasoh atas perkongsian. Semoga kita semua dapat amalkan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...
    Memang baik tu untuk diamalkan selalu.

    ReplyDelete
  9. Good info kak sue.. Tq for sharing

    ReplyDelete
  10. semua tu surah yang senang2 dan lazim kan sebenarnya tapi manfaatnya sgt byk

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️