Jom Buat Lima Perkara Ini Sebelum Tidur

Assalamualaikum, hai semua! Sebelum kita tidur setiap malam, mesti ada beberapa perkara yang kita buat kan. Selain kita memastikan keadaan ...

Assalamualaikum, hai semua! Sebelum kita tidur setiap malam, mesti ada beberapa perkara yang kita buat kan. Selain kita memastikan keadaan rumah kita dah berkunci selamat, anak-anak dah ada dalam bilik tidur masing-masing, Kak Sue nak ajak korang jom buat lima perkara ini sebelum tidur. Sebenarnya Kak Sue dapat kisah nie dari group whatapps family Abah Kak Sue. Menarik pulak kisahnya, dan tak rugi pun kalau kita buat lima perkara ini sebelum tidur..

Jom Buat Lima Perkara Ini Sebelum Tidur
Jom Buat Lima Perkara Ini Sebelum Tidur - Gambar sumber dari Ikea

Jom Buat Lima Perkara Ini Sebelum Tidur

Suatu hari Rasulullah saw pernah bersabda kepada Ali (r.a). Wahai Ali, lakukanlah lima perkara ini sebelum kamu tidur..

1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..

2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..

3. Belilah Syurga, lalu tidurlah..

4. Perbaikilah hubungan dua orang yang tengah berselisih, kemudian kamu tidur lah..

5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah..

Ali (r.a) pun menjawab, " Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu?

Lalu Rasulallah saw pun menjawab,

1. Empat kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar

2. Tiga kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al Quran

3. Tiga kali membaca Shalawat adalah sama nilai dengan harga Syurga

4. Sepuluh bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturahim dua orang yang berselisih

5. Empat kali membaca "Subhanallah, Alhamdullilah, Lailaahailallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji

Lalu Ali (r.a) pun berkata, "Ya Rasulallah saw! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur..

Semoga perkongsian Kak Sue nie, memberi manfaat dan membuka hati semua yang membaca agar kita semua dapat buat lima perkara ini sebelum kita tidur. Kak Sue juga nak ucapkan terima kasih pada yang berkongsi kisah sini, semoga hamba Allah yang berkongsi kisah nie diberikan pahala berpanjangan.. aamiin ya rabb.. Selamat beramal..





You Might Also Like

11 ulasan

  1. insya alla.. tq for sharing kak sue

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... ada yang LeYa laksanakan.. Tapi ada juga yang tidak.. Hehe.. InsyaAllah akan buat semuanya

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kita sama-sama amalkan..

    ReplyDelete
  4. Semoga kita sama2 usaha dan istiqomah mengamalkan 5 perkara tersebut. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Simple sangat permintaan tu tapi ganjarannya sangat besar. Nak dengan tak nak buat ja.. Moga kita terus muhasabah diri..

    ReplyDelete
  6. Alha.dulilkah oerkongsian yg baik.tq kak igtkan

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang snagat bagu,insya'allah kita sama2 cuba amalkannya , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    ReplyDelete
  8. tq kak.. InsyaAllah nak cuba istiqamah tu yang payah. .

    ReplyDelete
  9. sangat bermanfaat kak..terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤