Assalamaualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi cerita lain sikit dari biasa. Cerita nie dah lama sebenarnya, dah dekat puluhan tahun pun. Masa tu Kak Sue pun masih bersekolah lagi. Cerita lembaga di pokok pisang nie bagi pengajaran besar juga lah dalam hidup Kak Sue tau. Sampai hari nie masih ingat lagi cerita tu dan Kak Sue kongsikan pula dengan anak-anak Kak Sue juga kat sini dengan korang..

Lembaga Di Pokok Pisang
Lembaga Di Pokok Pisang - Gambar sumber Goggle

Cerita Lembaga Di Pokok Pisang

Cerita lembaga di pokok pisang nie berlaku masa Kak Sue dan keluarga duduk di rumah belakang rumah mak sedara dan Opah Kak Sue. Rumah nie sebenarnya dah lama tak ada orang duduk pun. Agak ke belakang sikit dari rumah yang lain. Kiri kanan pun agak semak dengan belukar kecil dan agak sunyi. Kalau jadi apa-apa jenuh la juga nak berlari ke rumah dekat-dekat situ..

Malam tu, macam biasa Kak Sue nak ke rumah Opah Kak Sue nak tengok tv. Kena pulak malam tu kalau tak silap Kak Sue lah, ada cerita seram. Habis ja cerita, balik tu suasananya memang gelap gelita. Dan tak silap Kak Sue sekali lagi, ehehe.. asyik tak silap ja dari tadi kan. Ya lah, dah lama dah korang cerita nie. Ingat-ingat lupa dah tau part nie. Nanti silap pulak kan nak bercerita, okay lah tak nak buang masa jom sambung balik.. malam tu hujan renyai lah pulak.. adudu..

Kak Sue berdua ja dengan Ateh, adik Kak Sue. Kami jalan macam biasa, jalan rapat-rapat dan laju. Harap cepat lah sampai rumah. Bila sampai selekoh yang ada pokok pisang kami dengar macam ada benda bergerak, tapi kami buat tak tau dan terus jalan macam biasa. Dalam kami berjalan tu, bunyi lagi kali kedua, kali nie kami terus lari tak ingat dunia sambil panggil Mak. Dah lah takut, gelap dah ada benda bergerak pulak dah. Walaupun keadaan kelam kabut tapi Kak Sue tetap pegang tangan Ateh, lari sama-sama. Takut pun masih ingat adik tau, tak tinggal hokay..

Yang hairannya kan, tak tau lah samada Kak Sue yang rasa takut sangat atau memang situasi macam tu bila kita dalam keadaan takut. Kak Sue dengar macam bunyi tapak kaki kat belakang macam kejar kami dan rasa macam kami lari laju tapi masih rasa kat tempat yang sama. Lambat gila nak sampai depan tangga rumah. Sampai la Mak buka pintu, tau-tau dah ada kat bawah tangga sambil termengah-mengah..

Mak pun macam terkejut juga masa tu, terus tanya hangpa kenapa terjerit-jerit? Kak Sue dan Ateh terus tunjuk arah pokok pisang. Nak cakap pun dah tergagap-gagap. Mak terus jerit suruh naik ke rumah, Abah membebel sambil pedepap Ateh kena seliang sebab menangis.. huhuhu.. Nasib Kak Sue selalu baik sebab memang jarang kena pukul dengan Abah. Kesian Ateh.. huhuhu

Malam tu, Mak ada juga membebel.. sebab tu kalau orang tua larang jangan degil. Mak memang dah rasa tak sedap hati masa Kak Sue cakap nak ke rumah Opah tu. Dah kata tak payah pergi, tapi biasa lah kan, degil.. haaa.. ambik! Baru tau erti penyesalan.. Nasib tak jadi apa-apa. Kak Sue rasa mengeletar seluruh badan dan tak inhat malam tu macam mana kami adik beradik tertidur..

Bila kami sembang balik pasal cerita malam tu, Ateh kata sebenarnya Ateh nampak lembaga putih berbungkus berdiri tegak kat tepi pokok pisang. Mak hai, kalau Kak Sue yang nampak mau demam kut sebab Kak Sue nie memang penakut walau minat dan suka cerita seram. Ateh nie memang berani dalam kalangan adik beradik Kak Sue. Member relaks ja esoknya, sampai sekarang Ateh memang berani. Kalau ada apa member relaks ja, penguat semangat kami semua..

Pengajarannya dengan cerita lembaga di pokok pisang nie, jangan bantah cakap orang tua. Kalau orang tua larang tu, adalah sebabnya. Bila kita bantah tu yang jadi macam-macam. Kak Sue memang kalau nak kemana-mana kalau Mak larang macam takut dah nak bantah walaupun sebenarnya ada juga membantah.. huhuhu.. Nasib lah Allah sentiasa lindung Kak Sue, agaknya berkat doa Mak kan.

Semua yang jadi pun semua dengan izin Allah dan pasti ada hikmahya kan. Kita semua makhluk Allah, hanya pada Allah saja kita mohon perlindungan. Setakat nie dulu cerita Kak Sue kali nie, jumpa lagi di cerita yang lain lagi ya.. papai!