Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum, hai semua! Selamat Tahun Baru 2018, hari nie kita berada di tahun dan hari baru. Kak Sue macam biasa setiap tahun, memang tak ada azam apa-apa. Cuma macam Kak Sue kongsikan sebelum nie, mendoakan dan berharap semua benda baik akan datang untuk diri dan keluarga Kak Sue. Semoga lebih banyak rezeki yang datang, kesihatan yang baik dan semoga kami sekeluarga dan kita semua terus istiqomah perbaiki diri dan amal kita ya. Selamat Tahun Baru 2018..

Selamat Tahun Baru 2018
Selamat Tahun Baru 2018 - Gambar dari We Hear It

Selamat Tahun Baru 2018

Sekarang nie sekejap aja rasa masa berjalan kan, tau-tau kita dah berada di tahun baru 2018 dah. Tahun nie tinggal dua orang anak Kak Sue yang masih bersekolah, Abang dan Adik. Abang di tingkatan empat dan Adik di sekolah tahfiz. Kakak, mungkin tahun nie akan sambung belajar, mungkin lah.. sebab hati Kakak nie kadang berbolak balik. Kak Sue dan Abang Man pun memang jenis ibubapa yang tak suka memaksa dan tentukan hala tuju pilihan anak, semua terpulang atas diri depa masing-masing. Cuma kita bagi nasihat dan pandangan ja untuk kebaikan masa depan anak-anak. Hari nie pun selesai semua akhirnya hal keperluan sekolah anak-anak, Alhamdullilah.. Tahun nie lambat betul selesaikan keperluan sekolah anak-anak..

Untuk perniagaan kecil kami pula, Kak Sue doakan semoga terus berkembang maju. Dapat ke peringkat seterusnya. Hujung tahun hari tu ada pihak Jabatan Pertanian telefon Abang Man, untuk bantu apa yang perlu bagi kembangkan lagi produk kami. Harap dipermudahkan semua urusan tahun nie kan. Dengan keadaan ekonomi negara kita sekarang, kita hanya mampu bertahan ja kan. Tambah kami peniaga-peniaga nie kadang serba salah dan serba tak kena nak letak harga jualan. Doa Kak Sue juga semoga plan Kak Sue nak berniaga sendiri tahun nie tercapai juga..

Apapun semoga ekonomi negara bakal pulih lah tahun nie, walau ada dengar desas desus tahun nie semakin mencabar.. huhuhu.. Setakat nie dulu perkongsian ringkas tahun baru dari Kak Sue, sekali lagi Selamat Tahun Baru 2018 semua. Semoga yang akan datang, yang baik-baik aja semuanya ya, aamiin ya rabb.. Jumpa lagi, papai!


Post a Comment

11 Comments

  1. Selamat tahun baru kak. Moga 2018 berikan seribu keindahan buat akk n family

    ReplyDelete
  2. Kak Sue...selamat melangkah ke lembaran baru ya...apa pun yang kak Sue dan keluarga lakukan...moga lancar semuanya...Allah permudahkan...insyaAllah aminnn.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah buat kak sue dan abg man.. nampak sinar dah tu kak.. selamat tahun baru ya kak..

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru..semoga tahun ni lebih dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru kak sue, semoga semua impian menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru kak sue. semoga maju jaya dan semoga tercapat semua yang dihajati

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru kak sue

    ReplyDelete
  8. Selamat Tahun Baru buat kakakku sekeluarga.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️