Resepi Sup Sayur Tauge - Shuhaida Kabdy

Monday, January 8, 2018

Resepi Sup Sayur Tauge

Assalamualaikum, hai semua! Rumah Kak Sue setiap hari kalau masak menu wajib mesti nak kena ada sayur. Kalau tak ada satu jenis menu nie, memang rasa tak lengkap lauk tengahari kami sekeluarga. Kali nie Kak Sue nak kongsikan resepi mudah dan ringkas Sup Sayur Tauge. Sebenarnya Abang Man yang minta Kak Sue masakkan Sup Sayur Tauge nie semalam, Abang Man memang jarang nak buat permintaan masak apa setiap hari, bila dah minta tu maknanya betul-betul nak makan lah tu. Tambah cuaca pun dah mula panas nie kan, sedap juga hirup sup bila tak ada selera nak makan kan..

Resepi Sup Sayur Tauge
Sup Sayur Tauge - menu tengahari kami 

Resepi Sup Sayur Tauge

Alhamdullilah anak-anak Kak Sue pun memang kaki makan sayur, memang Kak Sue ajar dari baby lagi makan sayur. Bubur nasi depa, Kak Sue akan blend dengan carrot atau kentang, bila dah besar sikit ajar lah makan sayur-sayur yang kita masak, jadinya terbiasa sampai sekarang. Cuma Abang dan Adik ada juga sayur yang depa tak makan, macam sawi atau sayur-sayur kampung. Kakak semua bedal, kadang sayur memang Kakak lah tukang habiskan. Macam Sup Sayur Tauge nie Kak Sue masak bagi pedas sikit, sebab kat rumah nie kalau tak pedas memang tak jalan. Okay jom Kak Sue kongsikan resepi ringkas dan mudah nie ya..

Sup Sayur Tauge

Bahan-bahan :
Sayur Tauge - satu bekas besar
Bebola Ikan - Kak Sue beli yang siap packing
2 ketul tauhu - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
8 biji cili padi - dikisar
1 inci halia - diketuk
1/2 kiub Ayam Knor
1 peket sup bunjut
Sedikit buah keras yang ditumbuk
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang dikisar, halia dan sup bunjut sehingga naik bau
Kemudian masukkan air, ikut sukatan yang korang nak banyak mana kuah sup korang
Biarkan mendidih, kemudian masukkan bebola ikan dan tauhu
Kemudian masukkan kiub ayam Knorr, buah keras, lada hitam dan sedikit garam
Biarkan mendidih sekejap, kacau
Akhir sekali tutup api,kemudian masukkan tauge tadi dan kacau lagi
Sedia untuk dihidangkan


12 comments:

  1. Waahhh.... sedapnye... Untung Abg Man, hari-hari Chef Kak Sue masak... Hehehe..

    ReplyDelete
  2. SA tak pernah lagi makan sup tauge..nampak macam sedap jer ni kak...mesti manis2 tauge kan..separuh org x suka tauge...tp SA suka je...

    ReplyDelete
  3. Biasanya PC kalau ada sup-sup...termasuklah sup sayur,kuantiti nasi yang di makan kurang kak...sejenis suka hirup kuah sup PC...dah senang hati bila makan sup sayur hangat-hangat..

    ReplyDelete
  4. Samalah dengan Husniey kalau masak mesti nak kena ada pedas 😂

    Banyak juga tu cili padi 8 biji.
    Baru kick rasa dia kan 😍

    ReplyDelete
  5. saya ni jenis semua masakan nak bubuh halia.. tapi selalu pesan sayur camni takyah halia pun sedap.. betul eh kak?

    ReplyDelete
  6. Bagus la anak2 nak makan sayur..anak2 saya masa kecik makan sayur..start boleh makan terus bagi makan sayur tapi dah besar pandai pulak memilih tak nak makan sayur..

    ReplyDelete
  7. Bonde tak pernah masak sop taugeh tapi selalu buat goreng ala tenpayaki sahaja fav Fatin dengan ayahnya. Nanti nak test jugak buat sop taugeh tengok laris ke idak... kalau Fatin dengan ayahnya suka boleh masak selalu... senang jer kan!

    ReplyDelete
  8. Ana pun suka makan taugeh. Selalu goreng dengan daun kucai mcm tu je dh cukup. Rangup2 lagi sedap.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik Pisyek ni jenis malas masak.

    Kalau rajin tadi mesti dah cuba resepi ni.

    Hehehe.

    ReplyDelete
  10. nampak mudah, boleh try kalau ada bhnnya

    ReplyDelete
  11. Tengok sedap tp sendiri xmakan.. Hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.