Resepi Sup Pedas Ikan Siakap - Shuhaida Kabdy

Wednesday, August 10, 2016

Resepi Sup Pedas Ikan Siakap

Assalamualaikum semua! Rutin harian Kak Sue sekarang nie berubah sikit, selain kerja rumah yang lain ialah memasak setiap hari. Entah sampai bila lah tu bertahan nak masak setiap hari kan, ehehe.. Kadang bila tiap hari masak, sampai dah tak ada idea dah nak masak apa tau. Asyik ulang menu yang sama, nasib baiklah dapat suami dan anak-anak yang tak banyak kerenah. Janji Ibu yang masak, katanya.. baiklah nak. Hari nie Kak Sue rasa nak makan lauk berkuah sikit, cuaca kan panas dan berbahang membuatkan kita rasa tak berapa seleea nak makan. Jadi hari nie Kak Sue masak Sup Pedas Ikan Siakap. Jom kita tengok bahan dan cara nak masak Sup Pedas Ikan Siakap nie jom..

resepi sup pedas ikan siakap
Sup Pedas Ikan Siakap

Sup Pedas Ikan Siakap

Bahan-bahannya:
2 ketul kepala ikan siakap
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
12  biji cili padi - dikisar
2 batang serai - diketuk
1 kiub ikan bilis Knorr
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam secukup rasa
sedikit air

Cara-caranya:
Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
Masukkan serai yang diketuk tadi dan kacau sebati
Kemudian masukkan air ikut suka korang nak kuah macam mana ya
Kemudian biarkan mendidih sebentar dan masukkan kepala ikan tadi
Masukkan juga kuib ikan bilis dan perasakan dengan sedikit garam mengikut selera masing-masing
Biarkan sekejap, kemudian tutup api
Boleh letak sup bunjut jugak ya - is lupa tadi.. ehehe
Boleh dah di hidangkan, kalau suka boleh lah letak daun sup dan bawang goreng





4 comments:

  1. Kalau tukar ikan guna ikan bawal emas ok x agaknya...heehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bawal emas..?tak pernah dengar pulak SA..boleh kut..ehehe..

      Delete
  2. ikan apa lagi yang sesuai ye??selain siakap ni..Ini ratah saja pun sedap..kan>>makan time demam atau cuaca sejuk peghh!!!...kalau dekat ni saya mintak dah sepinggan..ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan merah pun sesuai kut..Kak Sue memang suka ratah-ratah..ehehe..boleh ajeee..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.