Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara

Assalamualaikum, hai semua! Hari kedua aktiviti cuti sekolah baru-baru nie Kak Sue dan Abang Man sempat lah bawa anak-anak jalan-jalan tapi Kak Sue rasa nak demam ke Pusat Sains Negara tu tau. Nak ke sini pun Adik sibuk tanya berkali-kali juga, agaknya dengar sepupu-sepupu dan kawan-kawan yang dah pergi seronok kut. Adik pun apalagi nak pergi juga lah nak rasa dan tengok macam mana keadaannya kat sana. Kemahin seronok lagi Adik bila Ibu dan Abah kata nak kesana, Adik tak tau yang Ibu nie rasa nak demam ke Pusat Sains Negara hari tu.. huhuhu..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara

Hari tu pepagi lagi Kak Sue dah bising suruh anak-anak bersiap awal, sebab Pusat Sains Negara ditutup pada pukul lima petang. Kalau dah lambat bersiap dari Rawang nak kesana dengan ditambahkan jem lagi tak tahu lah sempat ke tak nak habis berjalan. Tau ajalah anak dara dan anak teruna bersiap tambah dengan Ibu lagi, memang kalau tak awal bersiap alamatnya tak sempat lah nanti. Kami sampai ke Pusat Sain Negara dah pukul 2 lebih, kalau tak silap. Parking penuh dan orang pun ramai gila. Di pintu masuk Pusat Sains kami disambut oleh staff yang bertugas, walaupun masuk percuma tapi nak kena bagi tau kat depa berapa orang nak masuk. Berapa orang kanak-kanak dan berapa orang dewasa. Mungkin nak buat rujukan kut berapa ramai yang hadir pada hari tu kan..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Selesai semua urusan kat pintu masuk, kami dibenarkan dan dialu-alukan masuk ke dalam Pusat Sains Negara tu. Masuk aja ke dalam, ada akuarium ala-ala Aquria KLCC, tapi tak besar sangat lah. Kita boleh tengok ikan-ikan berenang-renang atas kepala kita, suasana pun sejuk aja kat situ. Lega kejap sebab berpanas kat luar tadi tunggu parking kosong. Kemudian jalan ke depan sikit ada bahagian Aqua dan Cahaya. Kat sini cahaya agak gelap walaupun ada lampu warna biru dan masa kami masuk tu memang orang agak ramai. Nak cuba permainan kat situ pun macam berebut-rebut sebab ramai kan, nak kena tunggu giliran. Kadang agak lama juga nak tunggu.. letih badan dan minda.. sabar ja lah..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Seterusnya kami ke Kids World dan Eureka yang menjadi tempat tumpuan, ramai gila kut kat sini. Dah nama pun cuti sekolah kan, walaupun hari biasa tapi memang penuh orang. Nasib kawasan nie luas dan ada macam-macam bahan pameran dan aktiviti menarik yang boleh kita buat dengan anak-anak kita. Adik memang teruja habis, semua benda Adik nak cuba. Adik punya tenaga tu tak habis-habis dan tak letih, Ibu nie rasa nak demam dah dengan cuaca berbahang dan orang yang padat. Rasa dedor dah badan dan kepala pun berat, tapi masih bertahan sebab anak kan..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Kak Sue, Kakak dan Abang temankan Adik main dan cuba aktiviti kat kawasan tu aja, Kak Sue dah tak larat dah nak naik ke tingkat atas. Tadi dah naik tingkat empat untuk solat zohor, malas nak naik lagi dah dengan keadaan badan yang dah lemau nie. Korang kalau ke sini jangan risau, surau, tandas dan tempat makan ada disediakan. Cuma makanan kat kiosk luar tu agak mahal sikit lah harganya, tambah rasa nak demam lah Ibu.. hahaha! Sebelum balik tu, Kakak sempat layankan Adik main dulu kawasan Kids World tu puas-puas, Ibu dah tak larat nasib ada tempat duduk kosong bila dah petang sikit. Abah, paham-paham aja lah tak boleh tempat crowded macam nie tapi ada aja berdekatan dengan kami..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Pada Kak Sue, Pusat Sains Negara nie agak menarik untuk bawa anak-anak dan keluarga ke sini. Ada banyak pameran dan aktiviti yang boleh kita buat bersama keluarga. Ada banyak juga permainan yang menguji minda dan kita dapat belajar ilmu sains kat sini. Rasanya Pusat Sains Negara nie antara tempat pilihan yang patut korang pergi bila tiba musim cuti sekolah. Ya lah, in case tak ada idea nak kemana-mana, boleh ja bawa anak-anak dan keluarga ke sini. Nanti Kak Sue kongsikan alamat bagi yang tak tahu nak ke sini ya. Sekian dulu entri jalan-jalan cari makan Kak Sue kali nie, jumpa lagi di entri jalan-jalan Kak Sue yang lain.. papai!

Pusat Sains Negara

Alamat
Persiaran Bukit Kiara,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur

No Tel
03 - 2089 3400

Post a Comment

13 Comments

  1. Seronok adik,abg dan kakak dapat berjalan kan..masa cuti sekolah tu mmg tgh masuk free kan kak..skrg x tau la dh start bayar ke belum..Dania dh pernah pergi sini..so bila ajak dia x nak dh..

    ReplyDelete
  2. Pusat Sains Negara memang sentiasa menjadi tumpuan bila cuti sekolah. Pernah pergi sekali.. seronok juga hehe

    ReplyDelete
  3. Adik bersungguh nak pergi dan adik memang betul-betul nampak menghayati...berminat sangat..alhamdulillah..ibu bertabah ya menahan rasa nak demam...

    ReplyDelete
  4. Cuti sekolah bagis aktiviti bermanfaat macam ni utk anak2 kak. Esok2 saya pun akan bw anak ke sini. Tunggu bsr sket je

    ReplyDelete
  5. wah best ne. Besar pengorbanan ibu tak larat pun gagah jugak demi anak2

    ReplyDelete
  6. Nak pergi tak pergi-pergi pun lagi. Free sampai bila?

    ReplyDelete
  7. time ni pergi tak best, sebab pameran tu adalah pameran Kekal" nanti bila ada pameran macam Dinasour world" dunia Sains" baru pergi sebab pameran ni ada periodnya dalam 3 bulan 4 bulan macam tu.tapi tiket mahal sikitla!

    ReplyDelete
  8. Bilalah sy dlt bawa anak anak dtg sini kak..harap harap ada lah masa bawa diorang dtg sini nanti

    ReplyDelete
  9. Sukanya adik ke sini ye. Luas juga ye kak PSN ni. Ana tak ingat pernah ke sini ke tak. Boleh lah bawa syafi nanti.

    ReplyDelete
  10. ramai yg ke sini sekarang kan.. fuh tapi berbaloi juga lah

    ReplyDelete
  11. gigih akak demam2 pun gi.. salute la kak

    ReplyDelete
  12. memang crowded time cuti sek kan.. admission free kan ? diorang baru lepas renovate..

    ReplyDelete
  13. best pusat sains negara ni...kesian demam2 pun prgi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️