Memilih Kawan

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsikan kata-kata ringkas yang Kak Sue salin dan simpan sebagai ingatan dan rujukan untuk diri Kak Sue sendiri dan juga panduan untuk kita semua. Selalu nasihat orang-orang lama, dalam memilih kawan, cari lah kawan yang dapat menarik kita ke arah kebaikan atau kawan yang lebih baik dari kita. Sebabnya, secara tak langsung kita pun terkena aura baik atau positif dari kawan kita tu dan sebab tu juga kita kena pandai memilih kawan..

Memilih Kawan
Memilih Kawan

Memilih Kawan

Kak Sue dah tak ingat Kak Sue salin ayat-ayat nie dari mana, tapi ada kena mengena la dengan topik memilih kawan nie. Selain kita kena pandai memilih kawan nie, kita pun kena didik diri kita juga la kan ikhlas dalam berkawan. Jangan lah kita sibuk nak cari kawan yang baik, sedangkan diri kita pun kita tak nak betulkan. Tak boleh juga macam tu tau..

Kadang kita nie bila berkawan ada niat disebaliknya, tak ikhlas. Ya, betul nak ikhlas dalam semua hal tu memang payah, tapi kita boleh didik diri dan hati kita kan. Macam Kak Sue sendiri pun, sekarang nie agak berhati-hati bila nak berkawan nie. Bukan apa, kadang tu disebabkan terlalu seronok berkawan sampai terlupa had yang sepatutnya dan akhirnya nanti Kak Sue yang rasa kecewa. Dengan sebab tu lah Kak Sue suka baca ayat nie dan nak kongsikan dengan korang..

Rasullulah ada pesan, kena pilih kawan.. bukan yang hartawan, rupawan, yang berjawatan.. tapi yang ikhlas dalam persahabatan. Kita tak tau hati manusia, maka kepadaNya kita berdoa, temukan yang ikhlas tak kira siapa, pisahkan yang sebaliknya. Jangan sedih jika yang kita percaya.. Allah jauhkan juga, sebab Dia tak nak kita merana, Dia beri yang terbaik untuk hamba-NYa. Tapi, hati kita yang perlu dijaga, ikhlas dalam semua perkara, Lillahi Taala. SAS..

Semoga kata-kata ringkas kat atas nie memberi ingatan dan manfaat kepada kita semua ya. Jumpa lagi nanti, papai!

Post a Comment

11 Comments

  1. Betul kak Sue..kita kena jadi baik untuk dapat kawan yang baik..disamping itu kita berdoa agar dihindar dari didekati kawan yang ada niat kurang baik pada kita...

    ReplyDelete
  2. terima kasih Kak Sue sudi berkawan dengan Bonde ... Seronok dapat tukar-tukar pendapat dan share macam-macam kan!

    ReplyDelete
  3. betul kak sue, kena jugak ingatkan jangan harapkan sesuatu dari persahabatan sbb nanti kita akan kecewa..

    ReplyDelete
  4. setuju kak.. biar kita memilih kawabn yg boleh sama2 membangunkan diri kita, bukan down kan kita

    ReplyDelete
  5. setuju kak, perkongsian menarik

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah buat baik dapat yang baik baik.. Setakat ni husniey suka berkawan dengan semua orang tak kira peringkat umur.. Kita jujur ikhlas insyaAllah orang itu dapat merasainya.. jika sebaliknya dan kawan suka mengambil kesempatan selalunya pada beri peluang 3 kali sahaja.. setelah itu husniey akan berhati hati menghadapinya

    ReplyDelete
  7. Semoga ukhwah yg terbina antara kita berasaskan keihklasan dan mendapat keberkatanNya kak. Amin.

    ReplyDelete
  8. setuju kakakku.good sharing, apa pun kita kena bijak dalam memilih kawan.

    ReplyDelete
  9. Setuju kak Sue..kita bff sampai jannah ye kak...kalau kak sue dan yg lain2 x de dalan hidup SA..sunyi sepi tau..

    ReplyDelete
  10. Setuju tu Kak Sue... Dalam persahabatan kena lah ikhlas lagi jujur.. Emm... LeYa pun sekarang lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️