Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Assalamualaikum, hai semua! Cuti sekolah yang baru nie Kak Sue sempat bawa Abang Man dan anak-anak makan-makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Kebetulan ada rezeki dapat voucher dari pihak hotel jadi apa salahnya kongsi dengan keluarga tersayang kan. Sebenarnya plan nak pergi makan-makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie masa birthday Adik hari tu, tapi tetiba tukar plan sebab balik kampung ziarah Adik Kak Sue masuk wad. Jadi sempena cuti sekolah hari tu dapat lah bawa Abang Man dan anak-anak makan kat sana, Alhamdulillah..

Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Memula Kak Sue plan makan-makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam nie untuk menu BBQ Dinner tapi memandangkan voucher dah nak tamat tempoh dan hanya untuk hujung minggu sahaja. Jadi Kak Sue ambik set Thai Fusion, makanan Thai. Kita rasa masakan Thai kat hotel pula kali nie. Kak Sue tempah meja untuk kami sekeluarga lima orang, hari biasa dan plan lepas makan-makan tu nak pergi layan movie pula. Adik dah tak habis-habis bertanya bila nak tengok movie. Dah alang-alang Abang Man tengah free nie Kak Sue plan semua untuk hari nie. Sambil kita keluar makan layan movie terus..

Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Sampai dekat hotel dah 12 lebih, sebab Kak Sue ambik untuk lunch kan. Dah tersedia dah meja untuk kami sekeluarga. Rasa macam banyak juga meja yang dah ditempah kali nie. Memula macam tak ramai, sekali tak lama lepas tu penuh juga lah dewan makan, meriah! Sementara tunggu makanan kami disedaikan, Kak Sue saja tanya dalam set yang Kak Sue order nie ada desert tak. Sekali tak ada lah pula, jadi Kak Sue add on aja. Takut anak-anak nak makan buah dan desert kan, sesekali berbelanja untuk keluarga apa salahnya..

Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Tak lama pun pihak hotel ambik masa nak sediakan makanan yang Kak Sue order, panas-panas lagi. Portion macam banyak juga lah, sampai tak larat dah nak habiskan makanan. Menu yang disediakan dalam set nie Nasi Putih, Sup Ekor Serai Ketuk Ala Thai, Ayam Paprik, Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Bersama Mangga, Udang Paprik Bersantan Ala Thai dan akhir sekali Asparagus Goreng Belacan. Nasib boleh tapau, tu pun Kak Sue tengok meja sebelah yang tapau dulu, lelaju Kak Sue pun tapau juga. Sayang tau, banyak lagi yang tak habis

Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Makan-Makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Alhamdullilah, akhirnya termakbul juga niat Kak Sue nak bawa keluarga datang makan sini kali kedua. Cuma ingat nak menu yang lain, tapi tak apa InsyAllah ada rezeki lain nanti di masa akan datang. Terima kasih Hotel Grand Bluewave Shah Alam, lain kali jemput lah Kak Sue lagi.. ehehe.. Korang kena datang makan kat sini tau makanan semua sedap-sedap. Layanan pun sangat baik dan mesra. Memang recomended sangat.. Sampai sini dulu entri makan-makan kali nie, jumpa lagi.. papai!

Baca juga : New Year Eve Dinner di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

8 comments

  1. Meleleh air liur tgk makanan akak

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya kak. Nak try menu lunch pula lah lepas ni.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya kejadiannya makanan kat blue wave.. jilat Hari dah ni

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya madakan thai.

    ReplyDelete
  5. bestnya makan-makan dekat hotel , dah lama tak makan dekat hotel

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..rezeki anak-anak..

    ReplyDelete
  7. Wah, bestnya dapat makan kat hotel ini.. boleh makan banyak2x ini.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.