Cuti Sekolah Layan Movie Jumanji Welcome To The Jungle

Assalamualaikum, hai semua! Cuti Sekolah Layan Movie Jumanji Welcome To The Jungle. Baru-baru nie cuti sekolah Kak Sue dan Abang Man bawa anak-anak layan movie ja. Adik tak habis-habis tanya kita tak pergi mana-mana ke Ibu Adik cuti kali nie. Kesian pula, kalau hari sekolah memang tak dapat sangat lah nak bebas Adik tu, sebab waktu belajar dari pagi sampai ke malam. Hujung minggu sibuk dengan team bola pula. Jadi Kak Sue plan lepas makan-makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam nak bawa depa semua tengok movie. Lagi pun Adik memang ada cakap nak tengok cerita yang tengah hot sekarang nie. Jadi kali nie cuti sekolah layan Jumanji macam yang Adik nak, kemahin tersenyum lebar Adik tau..

Cuti Sekolah Layan movie Jumanji Welcome To The Jungle
Cuti Sekolah Layan movie Jumanji Welcome To The Jungle

Cuti Sekolah Layan Jumanji Welcome To The Jungle

Cuti sekolah kali nie layan movie Jumaji Welcome To The Jungle macam permintaan Adik. Memang Adik nak sangat tengok movie nie. Cuma masa aja tak berapa ada sebab masa tu Abang Man sibuk sikit dengan order. Bila Abang Man kata ada dua hari free nak jalan-jalan, Kak Sue pun plan nak makan-makan dan tengok movie. Esoknya plan makan-makan dan ke Pusat Sains Negara pula. Cukup lah dua hari, dah macam nak demam dah Ibu, faktor usia dah kut tak boleh nak melasak sikit mesti penat lebih..

Kebetulan masa kami layan movie Jumanji Welcome To The Jungle tu hari rabu, jadi harga tiket lebih murah. Sebelum nie memang Kakak ada cadangkan pergi hari rabu sebab harga lebih murah dari hari biasa katanya.  Untuk kami lima beranak rasa Kak Sue tak sampai RM50 pun. Lagi pun kami ambil  dua couple seat aja, kalau Adik tak duduk dengan Kak Sue dan Abang Man, Adik akan duduk dengan Kakak dan Abang. Muat ja, ngam-ngam sebab semua slim-slim.. ehehe.. jimat!

Cuti Sekolah Layan movie Jumanji Welcome To The Jungle
Cuti Sekolah Layan movie Jumanji Welcome To The Jungle
Cerita Jumanji Welcome To The Jungle nie, masih ada persamaan dengan cerita Jumanji sebelum nie. Macam yang kita semua tau satu permainan yang mengunakan kotak atau papan yang perlu kita habiskan bila kita dah mula main permainan tu. Permainan nie hanya tamat bila kita selesaikan task yang terakhir dalam permainan nie. Macam biasa lah dalam nak selesaikan satu-satu task macam-macam adegan boleh kita tengok kan. Memang kelakar habis tengok gelagat watak dalam cerita nie. Berdekah kami sekeuarga gelak, riuh satu panggung pakat gelak adegan yang kelakar. 

Bagi Kak Sue filem nie best dan kelakar, sesuai untuk sekeluarga cuma ada lah adegan-adegan yang 'merapu' sikit tapi tak lah ketara sangat kut. Make sure anak-anak pandang tempat lain ye.. ehehe.. Korang kalau nak tau cerita nie best ke tak kena tengok sendiri, tapi bagi Kak Sue best dan kelakar. Tak boring sampai habis cerita, dan ada pengajaran juga dalam cerita nie mengenai persahabatan, menghargai orang lain dan jangan selalu merungut dengan apa yang kita ada, dengan kata lain bersyukurlah! Nanti masuk hutan tak boleh keluar baru tau nak menyesal.. huhuhu..

Cuti Sekolah Layan movie Jumanji Welcome To The Jungle
Cuti Sekolah Layan movie Jumanji Welcome To The Jungle - Gambar sumber Google
Akhirnya selesai jalan-jalan cari makan hari pertama kami sekeluarga. Jalan dah, makan pun dah. Rasa seronok dapat melayan dan memenuhi kehendak anak-anak. Yang penting masa bersama keluarga, maklumlah anak-anak meningkat remaja nie lain sikit. Ada aja plan sendiri kan, bila dapat berkumpul sekali satu keluarga macam nie memang membahgiakan, chewah! Jumpa lagi nanti next entri ya korang, papai!




16 comments

  1. Saya suka jumanji...tp yg ni belm tgk lg

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tertunai hajat adik nak tengok Jumanji ye...ibu ayah pun lega dapat bawa anak-anak tengok movie cuti sekolah..yang menarik ada The Rock tu kan Kak Sue..PC belum tengok lagi kak..

    ReplyDelete
  3. Yeah.... sama lah leya hari tuh layan movie ni dgn sedara mara

    ReplyDelete
  4. Dah tgk aritu kak.. mmg best Dan byk pengajaran

    ReplyDelete
  5. mmg best jumanji...tergelak je

    ReplyDelete
  6. jumanji lama pun best..yang ni mesti lagi best..Saya belum tengok pun..

    ReplyDelete
  7. yang ni belum tengok lagi kak.. saya kalau tengok wayang cerita kartun je la dengan anak2

    ReplyDelete
  8. Best citerr ni sebab ada the rock. Hehee

    ReplyDelete
  9. memang best dan lawak gile..haha

    ReplyDelete
  10. Murahnya tiket tu. Ana lama tak masuk wayang. Tggu jumanji kuar dkt astro je baru beli. Syafi tak reti duduk diam so takut nak bawa g tgk wayang lagi 😁

    ReplyDelete
  11. Dah tengok juga bawa Cik puteri.

    Watak the rock, bethany dan negro tu mmg best

    ReplyDelete
  12. The best movie hujung tahun 2017, hehee best duk gelak je dari mula mereka semua masuk ke alam hutan tu haa ~

    ReplyDelete
  13. Bilalah dapat tengok filem Jumanji ni..
    Review semua kata best..

    ReplyDelete
  14. Memnag best Jumanji ni.. Kelakar sangat

    ReplyDelete
  15. aida tgk juga ni, kak sue.
    best. kelakar :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.