Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru

Assalamualaikum, hai semua! Korang dah cuba Coklat Cadbury perisa Orea yang baru? Kak Sue baru dapat beli beberapa minggu lepas. Jenuh cari merata kedai, tak ada stok atau kehabisan stok kut. Kak Sue memang suka sangat makan coklat, kat dalam peti ais rumah nie, memang sentiasa ada aja apa-apa jenis coklat yang Kak Sue beli. Hari tu ke NSK Rawang, tetiba ternampak coklat Cadbury perisa Oreo yang baru nie kat rak, apa lagi cecepat sambar. Takut kang lambat-lambat tak dapat nak merasa. Kak Sue kalau nampak atau tau ada coklat terbaru mesti gigih beli, nak rasa sedap ke tak.. ehehe..

Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru
Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru

Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru

Agaknya semua orang suka dengan rasa Coklat Cadbury perisa Oreo yang baru nie kan. Sebab mana-mana kedai Kak Sue cari, memang tak ada. Semalam pun masa nak beli biskut untuk Adik, nampak ada sign board Coklat Cadbury perisa Oreo aja, coklatnya satu pun tak ada. Nasib sempat beli satu hari tu kat NSK, kalau tak kempunan nak merasa. Ewah, ngalahkan bebudak lah pulak kan. Kak Sue tau pasal Coklat Cadbury perisa Oreo nie pun bila baca blog Amy aka Blog Mamatisya, nampak macam sedap aja. Tu yang gigih cari tu, nasib lah jumpa dan memang sedap!

Coklat Cadbury perisa Oreo nie memang sedap tau korang, pastu ada rasa serbuk dari Orea kat bahagian dalam coklat tu. Rasa memang lain dari yang lain, cuma manis sikit lah. Biasa lah dah nama coklat kan, manis tu biasa. Selain coklat Cadbury Oreo ada beberapa jeni coklat kat rumah Kak Sue sekarang nie. Yang dalam kotak tu, Kak Sue beli masa pergi melawat Muzium Coklat hari tu, yang lagi satu Cadbury Marvellous Creations tapi Kak Sue belum rasa yang dua-dua nie lagi..

Apapun rata-rata dari kita tau, coklat memang ubat penghilang stress kan, tapi tak bermakna orang yang makan coklat nie dia tengah stress. Kadang memang pengemar tegar coklat, macam Kak Sue nie ha.. Bila lepas makan nasi, kadang Kak Sue suka nak makan buah atau coklat. Lepak-lepak tengok tv pun suka makan coklat. Harap tak ada lah penyakit lain kan sebab suka sangat makan coklat Kak Sue nie. Korang yang belum rasa Coklat Cadbury perisa Oreo yang baru nie cecepat lah beli, kut nanti lama-lama dah tak ada pula kan. Dah gigit jari, baru tau erti penyesalan.. ehehe! Okay lah korang setakat nie dulu kali nie, jumpa lagi nanti ya.. papai!


Post a Comment

13 Comments

  1. suka juga Cadbury yang ada honeycomb dalamnya dan gajus. tapi jarang jumpa.. kena pi hypermart besar sikit..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa lagi,tapi dah tau confirm sedap! ^^

    ReplyDelete
  3. peti ais kitorg pun penuh coklat kak, sebab mak balik dari Langkawi blnlepas..banyak borongnya

    ReplyDelete
  4. Saya suka cekelat cadburry, anak-anak pula suka orea. So, boleh try la combination coklat ni

    ReplyDelete
  5. yg oreo tu mmg sllau abis stock yg size besar...tgal yg size kecik je..tk puas bli yg kecik....yg perisa oreo strawberry pn sedap tp tk ada lg kt msia..yg tu amy dpt ole2 dr australia

    ReplyDelete
  6. Baru ana tau ada Cadbury oreo ni kak. Nak try cari lah. Ana peminat setia coklat cadbury.

    ReplyDelete
  7. Wahhh...ade coklat baru.. LeYa belum rasa lagi.. Nak kena pergi cari cepat ni..

    ReplyDelete
  8. Favourite mama ni. Boleh Cuba yg Oreo nanti

    ReplyDelete
  9. Sep sikit kak sue kite sama suka makan coklat. Sy dr dlu memg suka cadbury kak. Nak nak hat plain dan ade nuts tuh.. Nk gak try oreo ni tp semendang xde stok

    ReplyDelete
  10. Bila coklat bergabung dengan Oreo pasti sedap! Siqah tak pernah jumpa lagi coklat ni kat kedai. maybe betullah akak cakap, ramai peminat ni, asyik habis je.

    ReplyDelete
  11. saya pun ada habit yang sama kak.. cuma sekarang ni berebut dengan anak-anak pulak dah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️