Deko Dapur Dah Siap

Assalamualaikum, hai semua! Deko dapur dah siap! Sebelum nie Kak Sue ada kongsikan kat sini nak deko dapur Kak Sue kan. Punya lah lama nak siapkan deko tu sebab masa tak mengizinkan. Kadang bila Kak Sue free, Abang Man pulak sibuk. Kak Sue bukannya pandai nak pasang wall paper semua tu, nanti benda sekejap boleh selesai jadi seharian sebab Kak Sue jenis nak teliti dan sama semua, nanti herot sikit dah buka balik. Jadi bagi menyelamatkan keadaan, Kak Sue suruh Abang Man yang pasang.. hahaha!
Deko Dapur Dah Siap
Deko Dapur Dah Siap

Deko Dapur Dah Siap

Akhirnya deko dapur Kak Sue dah siap, tapi masih ada lagi yang Kak Sue nak tambah sikit-sikit lagi nanti. Bahagian sinki Abang Man pasangkan wall paper dari Kaison, lepas tu Kak Sue minta Abang Man pasangkan rod nak gantung periuk tu kan letak la sekali pokok kat situ bagi nampak dapur tu sejuk mata memandang sikit kan. Nie semua terpengaruh deko-deko kat IG la nie.. ehehe.. Frame gambar tu pulak Kak Sue beli kat Romatika Shah Alam masa bulan puasa, masa tu ada sales. Rasanya bawah RM10 atau RM20 aja. Romatika pun  banyak juga pilihan frame atau barang deko rumah dan harga pun sangat berpatutan

Deko Dapur Dah Siap
Deko Dapur Dah Siap
Bahagian dapur pulak Kak Sue suruh Abang Man pasang wall paper yang Kak Sue beli online. Beli kat IG korang, sebab berapa kali pergi kedai RM2 asyik habis stok ja. Kebetulan masa Kak Sue scroll IG nampak ada orang jual, jadi Kak Sue terus order. Wall paper yang nie boleh tarik satu-satu dan lekat ikut suka kita mana nak lekat. Boleh lap dan tahan air, harga pun kalau ikutkan tak sampai pun RM5, tapi cantik tau! Suka sangat..

Deko Dapur Dah Siap
Deko Dapur Dah Siap
Baru-baru nie ada beli rak kat Ikea, rak tu khas untuk barang baking kut nanti atau barang-barang masak. Dapur bahagian belakang macam dah tak nampak rupa dapur dah, dah macam stor pun ada. Sakit mata dan sakit hati dah tengok. Nanti nak kena tunggu Abang Man free, baru minta tolong pasangkan. Macam biasa dah siap, Kak Sue kongsikan kat sini tau. Yang nie tak tau lah berapa lama pula nak tunggu, hahaha! Okay lah korang, harap dengan perkongsian Kak Sue nie bei korang idea dan minat nak deko rumah juga. Kak Sue bukanlah hebat sangat, tapi macam Kak Sue pernah cakap kat sini kita deko ikut mana kita rasa selesa, cantik kat mata kita dan yang kita mampu. Bila rumah cantik dan bersih, hati pun tenang dan seronok kan. Jumpa lagi nanti, papai!

Post a Comment

27 Comments

  1. Cantik kak sue delo. Pandai kak sue matching Kan semuanya.. hasilnya mmg tiptop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Addah.. Kak Sue memang suka deko-deko.. ehehe..

      Delete
  2. Cantik Kak Sue :)
    Setuju cakap Kak Sue. Deco rumah atas apa yang kita suka, asalkan cantik di mata dan mampu untuk kita beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Siqah.. itulah, kalau pandai mix n match boleh cantikkan rumah kita kan.. :)

      Delete
  3. cantik kemas jer nampak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. nie tengah kemas, tengah sepah belum tengok lagi.. hihihi..

      Delete
  4. nanti meriah dapur kak sue. comey, sedap nak melepak ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue suka dapur kemas dan selesa, nak buat kerja pun seronok.. kan.. ehehe..

      Delete
  5. comel deko kak sue. warna biru tu pun dah sejuk mata memandang. ada pokok comel, lagi sejuk mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ainniah, kan.. Warna biru tenang dan sejuk, tapi kan pokok tu pokok tipu-tipu aja.. hihihi..

      Delete
  6. Wahhh cantik dh dapur kak sue. Kemas sangat. Makin bersemangat lah nak memasak lps ni kak sue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana, ala nie tengah kemas Ana, tengah sepah belum tengok lagi. Kadang hilang juga semangat Ana, datang penyakit malas.. hihihi..

      Delete
  7. kak sue... meh la dtg rumah tolong jadi penasihat.. hahaha. tapi akak kena pengsan dulu la tengok rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. amboi penasihat lagi tu, ala Kak Sue pun kadang rumah sepah juga la Ita.. Jom kita pengsan sama-sama tengok rumah kita.. hahaha..

      Delete
  8. Walaupun simple tapi cantikla. Macam nak buat je. Tapi tunggu rumah sendri dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kin, Kak Sue suka deko yang simple-simple. Buat lah Kin, Kak Sue doakan semoga Kin dapat beli rumah tak lama lagi ya.. aamiin ya rabb..

      Delete
  9. Simple tapi kemas dan cantik

    ReplyDelete
  10. Wah cantiknya kak sue. Saya tgh proses deko dapur tp kaler pink..hahaha

    ReplyDelete
  11. sejuk mata memandang dapur kak su. Patutlah rajin masak dapur cantik hehe

    ReplyDelete
  12. Comel.dan cantik la dapur kak sue.. liez nak jugak deco dapur tapi hubby xbg...

    ReplyDelete
  13. cantik kak sue, biru pulak tu..hehee..yang tingkap tu terbuka ke tertutup tu..

    ReplyDelete
  14. cantik. mmg suka kaler biru ye..

    ReplyDelete
  15. Sama dengan saya kalau nak deco2 ni baik mintak tolong en. Hubby buatkan sebab kalau saya yang buat mahu bukak pasang, bukak pasang balik tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. Cantiknyaa dapur kak sue..
    Suka tengok colour biru tu..

    Husniey ni yang jumpa masa kat Cook Show tadi.. Heee rupanya dah follow blog kak sue.. 😂
    Ingat ingat lupa.. Nice to meet you 😘

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️