Periuk Ikea Annons

October 02, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Sejak dua menjak nie Kak Sue suka sangat ke Ikea. Rasanya sebulan sekali mesti nak ke sana, tambah bila ada barang yang Kak Sue berkenan dan duit tabung dah cukup. Apa lagi cecepat buat temujanji dengan Abang Man. Bukan senang tau nak ajak Abang Man ke sana, tambah kalau ramai orang, lagi lah payah. Abang Man jenis tak suka serabut-serabut. Baru-baru nie pergi lagi sebab nak beli meja kopi yang sebelum nie kami dah rancang nak beli. Sampai sana biasa lah kalau ke Ikea yang kita tak plan beli pun terbeli sekali. Terbeli periuk Ikea la pulak.. hahaha!

Periuk Ikea Annons
Periuk Ikea Annons

Periuk Ikea Annons

Kalau ke Ikea memang tak sah kalau kita tak terbeli apa-apa kan. Paling kurang mesti beli juga satu dua barang, nak pula kalau ada harga promosi makin menjadi-jadi! Betul tak korang, hihihi.. Kadang harga barang kat Ikea nie bukan lah semua mahal, ada harga yang sangat berbaloi. Macam periuk Ikea Annons nie sebenarnya sebelum tu, Kak Sue dah ambil periuk yang lain, harga dah lupa pula. Bila jalan lagi bahagian barangan dapur ternampak pula periuk Ikea Annons nie ada 3 jenis periuk dengan harga yang sangat berbaloi RM39.90 aja tau.. tu yang Kak Sue sambar satu set tu.. 

Periuk Ikea Annons nie sesuai untuk semua jenis dapur. Boleh juga kalau korang nak masukkan dalam mesin pencuci pinggan tu tau, mengikut kata kat website Ikea tu. Kak Sue pun mana ada mesin pencuci pinggan, basuh pakai tangan ja.. hahaha! Periuk nie jenis keluli tahan karat dan berpenutup kaca. Sebenarnya Kak Sue pun belum rasmi lagi, baru semalam Abang Tihie tolong pasangkan skru kat penutup dan pemegang periuk. Nanti bila Kak Sue dah rasmi Kak Sue kongsikan dengan korang kat Instagram Kak Sue tau. Macam biasa bila dah siap masak, menunjuk kat Instagram, hahaha! Mana lah tahu ada periuk baru nie semakin rajin nak masak, konon! Korang yang tengah cari periuk boleh lah singgah Ikea nanti, mesti puashati punya. Selamat membeli belah korang, papai!



You Might Also Like

8 ulasan

  1. Salam kak shu..berkenan jgk periuk ni..tp x kesampaian lg..bln ni poket cpt kempis..insyaallah nnt nak g ikea jgk next mth. hehehe

    ReplyDelete
  2. murahnya kalau dekat nak jew miza terjah sekarang

    ReplyDelete
  3. alolo..comel2 periuknya..:)

    ReplyDelete
  4. SA memang beli periuk jenama ni kak Sue..semua dah transfer ke Seremban dah...hehehehe....

    ReplyDelete
  5. pernah dpt adiah kawin periuk camni dr ikea

    ReplyDelete
  6. setuju sgt....
    sama la ngan nieyl ni..
    klu pergi ikea tu boleh abis ratus juga...

    ReplyDelete
  7. Ana pernah beli satu kuali ikea kak. Memang tahan sampai skrg. Murah pulak tu. Baru2 ni borong pinggan melamine dia. Pun murah sgt

    ReplyDelete
  8. Inilah periuk saya seharian Kak Sue..
    Harga berpatutan, terus dapat tiga siap penutup lagi..
    Berbaloi-baloi.. Set Tefal letak dalam almari, parking tepi dulu.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.