Kelapa Laut Man Java

Assalamualaikum, hai semua! Lama Kak Sue tak bercerita bisnes kecilan keluarga kami Kelapa Laut Man Java. Sebenarnya ada aja order setiap minggu atau dua minggu sekali. Cuma kadang tu bila nak berkongsi tentang Kelapa Laut nie takut orang jemu pula nak baca. Asyik cerita yang sama ja tak habis-habis, boring pula orang kan. Musim hujan nie biasa lah order tak lah sekencang masa cuaca panas dan Pasar Ramadhan, tapi Alhamdullilah rezeki tu sentiasa ada. Kalau korang nak join order sekali pun boleh juga tau laju-laju bagi tau Kak Sue ya..

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java

Kelapa Laut Man Java 

Macam minggu nie memang ada tiga penghantaran Kelapa Laut Man Java. Semalam kami hantar order ke Klang, hari nie ke Rawang dan hujung minggu nie ke Batu Pahat, Johor pula. Yang mana tinggal kawasan Klang tu, boleh lah singgah gerai kawan Kak Sue nie di Sungai Udang. Jangan lupa singgah juga cawangan KL Sentral pun ada jual air Kelapa Laut Man Java tau. Kak Sue tak pasti area mana tapi ada kiosk kat sana dan buka hanya hari Jumaat sahaja. Untuk cawangan Batu Pahat katanya berniaga tepi jalan kawasan kilang, nanti Kak Sue update lagi detail kat mana tempatnya ya..

Bagi korang yang berminat nak order untuk minum sendiri atau berniaga boleh buat order terus dari kami atau dari agen-agen yang telah dilantik oleh kami. Macam yang Kak Sue kongsikan sebelum nie order hendaklah dibuat seminggu lebih awal dari tarikh penghataran atau sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ya. Bukan apa senang kami nak susun stok dan jadual penghantaran, sebab takut kalau order datang serentak dan nak di hantar pada hari yang sama tapi berlainan tempat kena susun jadual betul-betul

Tau aja lah sekarang nie, semuanya nak kena keluarkan kos. Kalau luar Lembah Klang kami akan hantar melalui bas dan kami akan kumpul beberapa order dulu. Macam tu juga kalau luar kawasan dari tempat tinggal kami Rawang pun kami akan kumpul order dulu, kecuali order yang banyak baru kami terus hantar. Samada kami terus hantar ke tempat yang diminta atau kami tetapkan satu pick up point untuk semua pelanggan kami. Bagi yang berminat nak order macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya. Terima kasih semua yang masih sudi bekerjasama dengan Man Java Enterprise. Semoga dipermudahkan urusan kita semua dan diberikan rezeki yang berkat.. aamiin ya rabbilalamin.. Rezeki sama dikongsi!

Man Java Enterprise

Kelapa Laut
No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com






Post a Comment

10 Comments

  1. Moga perniagaan kak Sue dan suami terus dipermudahkan dan Allah SWT luaskan jalannya..

    ReplyDelete
  2. Korang kat luar sana kalau nak tau air kelapa laut Man Java memang the best la...puas hati tau kalau minum..fresh je rasanya..

    ReplyDelete
  3. Moga murah rezeki akak dan terus maju dalam perniagaan. Cam mana nak order air ni erk kak. Mana tau leh guna utk wedding nti. hehehe

    ReplyDelete
  4. sedap air yang akk jual.

    ReplyDelete
  5. Semoga murah rezeki kak dalam perniagaan air kelapa laut. Saya belum try lagi air nih

    ReplyDelete
  6. pergh !! bila la dapat merasa pati kelapa laut ni kak ?? hee~ teringin plak..

    ReplyDelete
  7. Kelapa laut man java memang terbaik. Rasa sekali mesti nk repeat beli lagi.

    ReplyDelete
  8. Nak beli juga ni nanti.. thanks sharing kak Sue. Semoga terus sukses semuanya.. aamiin :)

    ReplyDelete
  9. Kak sue.. kat Shah alam Ada delivery tak? Macam sedap ne

    ReplyDelete
  10. baru tau pasal air kelapa laut 😆😅 teringin nk try

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️