Sambutan Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum, hai semua! Macam mana sambutan Hari Raya AidilAdha korang kali nie. Bagi Kak Sue sekeluarga, biasa-biasa aja kena pula cuaca tak menentu kan.. kalau di kampung Kak Sue Batu Kurau memang hujan seharian masa hari pertama sambutan Hari Raya AidilAdha tu. Sebelah petang, pergi la jug ziarah rumah sedara sebelah Tok Pah di Kampung Perak. Lepas tu ada dua rumah kami singgah kemudian terus balik rumah.. hujan seharian..


Sambutan Hari Raya AidilAdha

Tahun nie kami beraya ke Batu Kurau, kampung Kak Sue dulu, kemudian baru ke kampung Abang Man pula. Sebab Adik dapat cuti panjang dan serentak dengan cuti sekolah Abang jadi senang sikit nak rancang. Yang tak bestnya sehari selepas raya, Kak Sue diserang demam, batuk dan selsema.. biasa lah bila badan tak sihat nie. Tak ada mood nak buat apa-apa aktiviti tapi masih sempat godek siapkan sebiji kek Marble untuk Tok Pah..

Hari kedua raya kami sekeluarga dah bertolak ke kampung Abang Man pula. Sekali lagi kami kena hadap jem yang terok. Dah la demam, jem pula bertambah sakit la badan. Akhirnya kami sampai setelah enam jam bersesak di jalanraya. Kali nie kena hadap juga kesesakan jalanraya. Sampai dah hampir maghrib dah.. memang tak larat nak buat apa, walaupun keluarga mertua rancang nak buat BBQ..

Alhamdullilah, hari ketiga dah elok dah demamnya. Sambutan Hari Raya AidiAdha kali nie memang tak berapa sihat, apapun seronok dapat berkumpul dengan kedua belah keluarga. Semoga dapat berkumpul lagi macam nie bersama di lain kali. Terima kasih semua.. papai!

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️