Cuti-Cuti ke Port Dickson

Assalamualaikum, hai semua! Cuti Hari Raya AidilAdha hari tu Kak Sue sekeluarga plan nak bercuti kemana-mana kejap. Dari hari raya Aidilfitri hari tu kami plan tapi terpaksa dibatalkan bila tengok keadaan jalan raya yang jamed teruk ke Pantai Timur. Eh bukan Pantai Timur aja, semua arah kut memang jamed jadi kami ambil keputusan hold dulu cuti-cuti kami sekeluarga. Dan cuti baru-baru nie kami sepakat nak berehat dan cuti pendek dengan Cuti-Cuti ke Port Dickson. Jadilah kan, lagi pun tak jauh sangat dan masa kami bercuti tu anak-anak masih dalam cuti sekolah walau orang lain dah mula sekolah.. ehehe..

Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson

Cuti-Cuti ke Port Dickson

Kami sekeluarga sampai agak awal juga dan masih belum buat keputusan nak bermalam atau tempah mana-mana hotel lagi masa tu. Kak Sue cuba google cari hotel yang mana best dan selesa untuk kami sekeluarga. Kebanyakan review macam tak kena dengan pilihan kami sekeluarga. Nasib baik kawan blogger Ana Suhana cadangkan kami ke Avvilion Admiral Cove. Terus Kak Sue dan Abang Man buat tempahan lepas berpuasahati dengan apa yang ditawarkan di hotel nie.. pada mulanya lah.. jeng..jeng.. Jom Kak Sue nak sembang dengan korang cerita selebihnya lagi jom..

Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Sementara nak tunggu check in hotel kami sekeluarga melilau lah cari kedai makan yang berdekatan kat situ. Tak ada kedai makan yang menarik perhatian kami dan kebanyakannya tutup pula masa tu. Agak kecewa dah masa tu, akhirnya kami singgah kedai makan tepi pantai. Kak Sue pun tak ingat dah nama tempat dan nama kedai makan. Sekali lagi kecewa, makanan tak berapa boleh terima kat tekak Kak Sue nie ditambahkan lagi dengan kedai yang kotor, hadoi hai.. kecewa lagi!

Selesai kami makan tengahari Kak Sue beli stok makanan untuk di bawa ke hotel sebab risau nanti nak keluar ke kedai jauh pula kan. Sampai aja kat hotel terus settelkan pembayaran dan naik ke bilik. Alhamdullilah bilik memang puashati, luas, selesa dan bersih. Kak Sue pilih bilik yang ada dua single bed dan satu katil kecil untuk kami sekeluarga. Selesai solat zohor, kami cuma rehat-rehat aja di bilik..

Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson


Sebelah petang kami sekeluarga turun ke bawah sebab Adik dan Abang dah sibuk teruja nak mandi kolam. Sayangnya hanya kolam dewasa yang boleh digunakan, kolam untuk kanak-kanak dalam proses baik pulih. nasib kolam dewasa tu tak dalam sangat jadi boleh lah Adik mandi kat situ. Pemandangan tepi kolam sangat cantik sebab mengadap ke laut dan ada macam tempat kapal-kapal persendirian berlabuh. Ingat nak jalan-jalan kat situ tapi tak dibenarkan sebab katanya dah lewat..

Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson


Sebenarnya ada pilihan aktiviti kat sini, antaranya aktiviti fish feeding,pontoon walk, banana boat, flying folk dan macam-macam lagi. Kami dah dapat nak buat aktiviti sebab dah lewat turun dari bilik hotel. Selain dari tu juga boleh jalan-jalan tepi pantai yang berdekatan aja dengan hotel yang kami tinggal tu. Cuma cuti-cuti kali nie kami sekeluarga banyak melepak dan rehat kat bilik aja..

Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson


Sebelah malam baru kami keluar makan malam, pun macam jenuh juga lah nak cari kedai makan yang kami nak pergi tu. Akhirnya jumpa juga Restoran Terapung dan makanan kat situ semua segar dan sedap. Harga pun sangat berpatutan. Dah kenyang balik hotel layan movie aja sebab tak tau nak kemana lagi. Esoknya anak-anak nak mandi kolam lagi lepas sarapan kat hotel. Sarapan boleh tahan lah nak lapik perut sementara nak tunggu makan tengahari. Dah siap sarapan tengok kolam besar pun tutup untuk penyelengaraan, kecewa lagi. Bila check out nak main flying folk tapi had umur 18 tahun aja, Kakak sorang aja lepas. Pun tak jadi lah nak main, kecewa lagi dan lagi.. huhuhu..

Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Cuti-Cuti ke Port Dickson
Akhirnya kami ambil keputusan nak terus balik aja. Cuti-cuti kali nie walaupun melepak kat bilik tapi kira okay lah juga dapat rehatkan badan memandangkan Kak Sue pun tak berapa nak sihat. Cuma rasanya Cuti-cuti ke Port Dickson nie yang pertama dan terakhir lah kut sebab tak banyak tempat menarik dan nak makan pun susah nak cari kedai sebab tutup aja bila ada yang cadangkan makan kat situ.. hahaha! Nak ke rumah terbalik  pun kata Abang Man sama aja dengan rumah yang kami pergi sebelum nie, makanya jom lah balik.. ehehe.. Jumpa lagi di cuti-cuti kami yang lain ya, papai!




Post a Comment

8 Comments

  1. Wah...bestnye dpt bercuti kt PD..jmput singgah www.hakimramli.com

    ReplyDelete
  2. Bestnya bilik dia kak sue. cantik dan simple jer.

    ReplyDelete
  3. Bestnya kak. Besar bilik. View lun cantik.

    ReplyDelete
  4. SA suka kat sini...pernah pi sekali..best kan kak..kalau SA pi sini mesti nak shoot posing maut kat sini...suka pemandangan dia...

    ReplyDelete
  5. Ala kesiannya adik. Boleh pula drg tutup pool tu ye. Tutup sementara ke apa kak. Masa ana g hari tu buka saja pool tu cuma ana tak mandi sebab ramai sgt org mandi dekat situ. Air pun dh x berapa bersih sebab ramai org kan.

    ReplyDelete
  6. Duk hotel best nampak makanan Tu pun best juga tu

    ReplyDelete
  7. blh la try kesini .... tq atas info :)

    ReplyDelete
  8. cantiknya hotel ni. macam rasa nak bercuti dan stay kat sini pulak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️