Soho Dah Siap

August 11, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Hari tu Kak Sue ada kongsikan pasal gaya baru Soho Kak Sue kan. Haa.. sekarang Soho dah siap dah. Kak Sue beli barang sikit-sikit lepas tu minta Abang Man tolong pasangkan rak. Sebelum nie Kak Sue beli board dulu, kemudian meja dan akhir sekali hari tu Kak Sue beli rak. Terima kasih sayang tolong pasangkan ya, Kak Sue susun dan hias sendiri ja ikut sedap mata sendiri kan. Baru lah semangat sikit nak buat kerja atau ber bloging.. ehehe..


soho dah siap
Soho Dah Siap

Soho Kak Sue Dah Siap

Soho Kak Sue dah siap tak berapa lama lepas Kak Sue kongsikan dengan korang kat sini Gaya Baru Soho Kak Sue tu. Sebelum nie Kak Sue guna meja komputer yang biasa, kali nie Kak Sue tukarkan ke meja dan tambah rak dari Ikea warna putih. Warna putih nie bagi Kak Sue nampak bersih dan kemas. Sedap mata memandang.. cuma memang nak kena jaga lebih lah sebab kalau kotor memang nampak menyerlah gitu.. Kena lebih rajin..


soho dah siap

Barang-barang hiasan lain memang dah ada sebelum nie. Macam board yang Kak Sue lekat-lekat gambar tu Kak Sue dah tak ingat samada beli di Ikae atau Kaison. Sebab dah lama beli board tu baru sekarng nak gantung. Tempat letak buku putih tu Kak Sue beli di Daiso. Semua barang tak ada lah mahal pun, kita kena pandai suai padan kan. Ktiga-tiga tempat nie memang jadi kegemaran Kak Sue nak cari barang hias rumah..


soho dah siap


Setakat nie Kak Sue memang berpuashati dengan Soho Comel Kak Sue nie. Nanti ada rezeki lagi boleh tambah-tambah. Bila tempat kita buat kerja kemas dan bersih, kita pun rasa tenang dan selesa kan. Sampai sini dulu kali nie, jumpa lagi entri yang lain.. papai!

You Might Also Like

14 ulasan

  1. Comel SOHO kak su, saya ni, tak tahu bila nak ada SOHO, rumah penuhh, hehe

    ReplyDelete
  2. waduh waduh waduh..
    bikin jeles ni.
    mmg impian bg sesiapa yg blerja dr umah.
    br feel sket ada tmpat bkerja.
    kipidap kak sue

    ReplyDelete
  3. nampak selesa sangat..thumbs up

    ReplyDelete
  4. bestnya kak sue.. saya lum ada ruangan sendiri lagi.. nak nak try buat jugakla

    ReplyDelete
  5. cantiklah SoHo kak su..kemas je..

    ReplyDelete
  6. Cantik dan simple..nak buat jugak nanti. Baru bersemangat sikit nak menulis.

    ReplyDelete
  7. cntiknyaaa akakk.. busyra suka tngok wrna biru.. tp kenapa kita sma ni.. hias home ofis. hehe. busyra pun bru settle deco.. <3

    ReplyDelete
  8. comelnya soho kak su ni. Saya rasa macam nak buat jugak. Singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
  9. Aduhaiiii kak sue.. Jatuh ht sy tgk padnan wane yg soft ni. sejuk mata memandang. decoration simple tp ttp memuaskan.

    ReplyDelete
  10. Wahh... cantik dan kemas laa kak sue.. kita pon nak kena buat gini gak laa nanti... baru seronok nak buat kerja ..

    ReplyDelete
  11. Kemas dan sweet sgt kak. Ana suka tgk workstation mcm ni. Bila lah turn ana pula nk ada workstation mcm ni :)

    ReplyDelete
  12. Wah...semangat macam ni la bagus kan..bila dah ada soho sendiri terus rajin nak update blog

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.