Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich

Assalamualaikum, hai semua! Boleh dikatakan antara makanan atau menu kesukaan Kak Sue ialah sandwich. Banyak betul makanan kegemaran Kak Sue ya, sapa tak suka makan kan.. ehehe.. Tak kisah lah sandwich apa pun, memang Kak Sue suka sebab memang peminat roti dan makanan macam nie. Baru- baru nie ada menu baru dari Garsa Kitchen Sandwich, memang teruja lah nak mencuba kan dah memang kesukaan. Yang bestnya siap ada delivery ke rumah lagi tau, tapi kena cek lah ada tak pihak Garsa Kitchen buat delivery ke rumah korang tau.. Meh nak kongsi apa menu baru dari Garsa Kitchen Sandwich meh..

Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich

Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich 

Menu baru yang best dari Garsa Kitchen Sandwich kali nie ialah Salted Egg Chicken Sandwich. Kak Sue order sehari sebelum Kak Sue pick up di Shell Batu Cave, sebab Garsa Kitchen tak buat delivery di kawasan rumah Kak Sue buat masa nie, tak tahu lah kalau banyak sambutan mungkin pihak mereka akan buat satu hari nanti kan.. Kawan Kak Sue yang berdekatan dengan area rumah Kak Sue boleh lah cuba nanti kan.. Jangan kecewa tau..

Bab delivery nie kan korang tak perlu risau, bila kita dah order nanti pihak Garsa Kitchen akan up date dengan kita dan bahagian delivery. Mereka akan up date dari masa ke semasa sampai lah order kita selamat sampai ke tangan kita. Dan sekali lagi pihak mereka akan buat pengesahan terakhir yang kita dah terima order yang kita buat

Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Untuk menu baru dari Garsa Kitcehn Sandwich Salted Egg Chicken nie pula, Kak Sue memang suka sangat tau korang. Memang sedap dan cukup rasa semua. Rasa satu mesti nak lagi dan lagi.. kalau order satu kotak kecil tu rasanya makan sorang pun boleh Kak Sue nie. Kalau dah suka tu kan, memang makan berulang. Rasa sandwich nie memang lain dari yang lain sebab di campurkan ayam dan telur masin dengan salad segar memang satu kombinasi yang betul-betul kena dengan selera Kak Sue sebagai pengemar sandwich. Korang mesti kena cuba..

Selain menu baru nie juga ada pelbagai lagi menu sandwich yang disediakan oleh Garsa Kitchen Sandwich. Kalau berminat nak cuba atau nak order Kak Sue ada kongsikan detail lebih lanjut kat bawah nie ya. Ada pilihan size untuk sandwich nie samada yang kecil atau besar. Selamat mencuba korang..

Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Menu Baru Dari Garsa Kitchen Sandwich
Garsa Kitchen Sandwich

Alamat
No 27, Jalan 2/27E, Wangsa Maju Seksyen 10
Kuala Lumpur
Buka : 8.30am - 10.00pm
Tel : 013 - 2424808
Email : garsa.kitchen@gmail.com

Facebook
Facebook.com/GarsaKitchenKL

Instagram
Instgram.com/Garsa.Kitchen

Website
GarsaKitchen.com

Post a Comment

8 Comments

  1. sedap saya suka..ala2 checken butter

    ReplyDelete
  2. Sedapnya salted egg chicken sandwich ni kak sue. Memang kena repeat lagi nampaknya.

    ReplyDelete
  3. Dah dekat ngan rumah. Bolah lah gi nanti. Ada alamat senang nak cari.

    ReplyDelete
  4. tengok gambar pun dah nampak sedap

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  5. Menu baru ni mmg terbaik kak...

    ReplyDelete
  6. Sedapppp nyaaaa nampak sandiwch ni kak sue,, singgah sini

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️