Deko Pokok Bunga Pula

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi hobi baru Kak Sue pula nie, sebenarnya bukan hobi baru pun. Cuma hobi lama menjelma kembali.. ha gituuuu! Hahaha.. Sebelum nie Kak Sue kongsi dengan korang kat sini pasal deko-deko sikit kan. Bila Kak Sue dok intai kat Instgram tu Kak Sue nampak lah kebanyakan rumah yang Kak Sue suka dengan deko depa tu, ada selit deko pokok-pokok bunga menghijau dalam rumah.. Nampak cantik dan tenang aja.. suka sangat! Jadi Kak Sue pun nak mula juga hobi baru nie koleksi dan deko pokok bunga pula..

Deko Pokok Bunga Pula
Deko Pokok Bunga Pula

Hobi Baru Deko Pokok Bunga Dalam Rumah Pula

Sebenarnya sebelum nie masa Kak Sue baru-baru bernikah dengan Abang Man, Kak Sue dah mula minat nak tanam pokok bunga juga. Masa tu kami tinggal di flat Pandan Perdana, jadi kat ruang luar tu Kak Sue tanam lah pokok-pokok Kaktus. Senang kan nak jaga, tak siram air setiap hari pun pokok masih okay. Kak Sue suka pokok yang mudah penjagaannya. Masa balik berpindah ke kampung halaman Abang Man pun Kak Sue ada tempat khas tanam pokok-pokok bunga Kaktus dan beberapa pokok bunga lain. Kak Sue nie semua suka yang mudah, tak suka rumit-rumit.. susah-susah! Baik memasak ka, mendeko ka, menanam ka, berkawan ka suka yang mudah, yang rumit kita tinggalkan.. hati pun tenang, tak gitu.. ehehe..

Berbalik pada hobi baru Kak Sue nie, beberapa hari lepas Kak Sue dah pergi usha satu nursery berdekatan dengan rumah. Macam jadi gila kejap sebab ada beberapa pokok bunga hijau yang Kak Sue berkenan tapi penjagaannya kena jirus setiap hari. Kan tak lama lagi kita nak sambut raya haji, planning tu nak balik kampung. Tak dapat lah nak beli dulu kan.. jadi Kak Sue beli sepokok aja dulu macam gambar kat atas. Tu belum siap tu, nanti bila dah siap Kak Sue kongsi kat sini.. Deko dapur pun belum siap lagi korang, dah deko pokok bunga pula.. kahkahkah! Tunggu tau, nanti Kak Sue kongsi kan semua kat sini..

Beberapa hari nie macam sibuk sikit, dengan berniaga dan event. Jadi kat rumah nie nak mendeko tu kena sambil-sambil. Bahan nak mendeko pun belum cuckup lagi semua. Nasib baik lah Abang Man dan anak-anak pun tak kisah dengan minat Ibu nie. Ada juga depa bantu-bantu. Apapun tunggu nanti bila dah siap semua Kak Sue kongsikan ya, setakat nie dulu kali nie.. jumpa lagi, papai!


Post a Comment

5 Comments

  1. Amboi sampai ke luar rumah semangat mendeko dia datang. Hehe. Boleh jadi rumah contoh ni kak.

    ReplyDelete
  2. SA suka deko dengan bunga2 hidup ni...segar je...cuma hobi SA terpaksa lupakan..sebabnya jarang ada kat rumah seremban

    ReplyDelete
  3. Bagus Kak Sue... Membekalkan oksigen di kawasan sekitar rumah...

    ReplyDelete
  4. Sep sikit kak su hobi sama miza 😉

    ReplyDelete
  5. rajin betul akak..saya suka jugak cuma takde masa je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️