Resepi Spagetti Olio

June 01, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Spagetti Olio antara makanan barat kegemaran anak-anak Kak Sue. Tambah kalau Adik anak bongsu Kak Sue, tiap hari masakkan menu yang sama pun tak apa, suka sangat Adik makan Spagetti Olio. Dah berapa hari Adik minta masakkan, tapi Kak Sue belum ada kesempatan nak masakkan untuk Adik. Selalu dah masakkan menu untuk berbuka dah agak lewat nak ke tempat niaga. Hari nie Kak Sue mula masak awal, siap aja masakkan menu untuk berbuka, masakkan pula permintaan Adik yang satu nie.. lega rasanya dapat tunaikan permintaan Adik akhirnya..

resepi spagetti olio
Spagetti Olio

Resepi Spagetti Olio

Bahan - bahan
500 gram udang sederhana besar
1 biji bawang holand - dipotong dadu
4 biji bawang putih - dipotong dadu
6 biji cili padi - dihiris halus ( ikut kesukaan masing-masing, tak letak pun tak apa)
1 kiub ayam Knorr
1 pek spagetti
Sedikit sayur - ikut pilihan masing-masing,tak letak pun tak apa
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah

Cara - cara
Buang kulit udang, kemudian potong belakang badan udang dan cuci bersih
Kemudian panaskan minyak, goreng udang sehingga masak. Ketepikan
Didihkan air dan titik sedikit minyak untuk merebus spagetti selama 11 minit
Bila spagetti lembut, toskan dan ketepikan
Panaskan kuali, tumis bawang dan cili padi tadi sehingga naik bau
Masukkan sedikit air dan stok ayam Knorr
Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan spagetti, udang dan sayur
Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan lada sulah kacau sehingga sebati
Sedia untuk di hidangkan
Selamat mencuba



You Might Also Like

11 ulasan

  1. fav ana juga ni. cuma ana akan masukkan chili flakes dan oregano sbb takde lada sulah dekat rumah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue pun kadang guna oregano juga Ana.. 😊

      Delete
  2. wahh,,kak sue ,,terliur CCL tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. nanti cuba resepi mudah Kak Sue nie ya 😊

      Delete
  3. Meriah sungguh udangnya.. memang ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue memang suka letak lebih udang.. hihi..

      Delete
  4. suka juga buat mcm ni gantikan mee kuning..sbb saya tak berapa suka mee kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. mee jadi muak kan Linda 😊

      Delete
  5. Kalau akak Oregano ngan Chilli Flakes sure lagi mengancam kak..nanti buat sekali lagi akak cuba letak eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue kadang letak Oregano nie dah habis, cuma Chili Flakes ja tak pernah letak.. nanti nak cuba. Tq for sharing SA 😊

      Delete
  6. aida x pernah buat ni, kak.
    anak2 kurang makan :(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.