Resepi Ikan Bakar Berempah

May 09, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue terlewat sikit masak, balik dari temankan Abang Man hantar order Pati Kelapa Laut terus beli barang nak masak. Niat kat hati nak masak simple ja macam biasa kebetulan ada rempah dari FZE mudah lah kerja Kak Sue. Tak payah susah-susah dah nak sediakan bahan, Kak Sue pun terus bagitahu Abang Man nak masak Ikan Bakar Berempah aja untuk hari nie. Macam biasa jom lah kita tengok bahan Ikan Bakar berempah nie jom..

resepi ikan bakar berempah
Ikan Bakar Berempah

Resepi Mudah Ikan Bakar Berempah

Sebenarnya pes rempah ikan bakar nie Kak Sue baru aja order dengan Sue Izza, tak payah tunggu lama sekejap aja dah dapat stok. Cepat Sue buat kerja, kira kali kedua lah Kak Sue order nie. Teruja sangat nak cuba resepi baru guna rempah ikan bakar nie. Buat permulaan nie Kak Sue guna untuk cuba resepi yang mudah dulu kan, Ikan Bakar Berempah. Lain kali boleh cuba resepi lain pula, tambah tak lama lagi nak puasa dah kan tak ada lah pening dan letih fikir menu apa nak dimasak nanti. Ada pes FZE dari Fauziah Samat Sambalbelimbing memang memudahkan kerja kita kat dapur tau..

resepi ikan bakar berempah
Rempah Ikan Bakar dari FZE Fauziana Samat Sambalbelimbing

Resepi Ikan Bakar Berempah

Bahan - bahan :
2 ekor ikan talapia sederhana besar
1 biji tomato dibelah enam
1 pek rempah ikan bakar FZE
Beberapa helai daun kunyit
Aluminium foil untuk balut ikan
resepi ikan bakar berempah
Resepi Ikan Bakar Berempah
Cara Menyediakan
Cuci ikan bersih dan tos, ketepikan
Ambil daun kunyit, letakkan atas aluminium foil kemudian ambil ikan dan lumur rempah ikan bakar pada ikan tadi
Bila dah rata semua, balut ikan tadi dan bakar selama 15 minit atau lebih
Sedia untuk dihidangkan panas-panas, senang dan cepat kan..

Sebenarnya tadi Kak Sue guna lebih dari dua ekor ikan, percubaan pertama kan. Kak Sue guna untuk 2 ekor ikan talapia, 5 ekor ikan keli.. 2 ekor besar yang 3 lagi kecil-kecil aja. Bagi Kak Sue rempah tu ikut kita nak macamana. Kadang orang suka sikit-sikit aja letak kan, Kak Sue suka banyak jadi lain kali kena letak kurang dari tadi lah, rasanya tiga ekor ngam-ngam kut dengan rempah. apapun sedap rempah semua rasa, cuma Kak Sue nie kuat masin jadi lain kali kena tambah garam

Pada korang yang nak dapatkan produk dari FZE nie ada bermacam-macam pilihan tau. Selain dari Rempah Ikan Bakar, ada Sambal Hitam, Daging Pekasam,Ikan Pekasam dan pes Gulai Tempoyak Pahang juga. Memang mudahkan kerja kita kat dapur. Korang boleh terus hubungi Sue Izza di nombor 017 939 7536. Tunggu Kak Sue kongsikan resepi yang lain lagi nanti bersama produk FZE ya, papai!

Untuk resepi lain dengan menggunakan produk dari FZE boleh singgah sini Resepi Mudah Gulai Tempoyak Pahang





You Might Also Like

32 ulasan

  1. HUwaaaa sedapnya ikan talapia tu.. Tak sabar nk puasa.. biasa time puasa memang ada yg jual ikan ni..

    ReplyDelete
  2. Hihihi.. tadi makan meratah-ratah kami anak beranak :)

    ReplyDelete
  3. mesti wangi kan bila balut dengan daun kunyit..nyummyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, bau sedap je dapur dengan daun kunyit..

      Delete
  4. Alaaaaa...sedapnya kak sue...ok2 nanti contact Sue Izza...nak posa ni semua tu kena ada bleh buat seafood bakar gak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap SA, nanti contact Sue boleh delivery atau pos.. senang kerja kita kat dapur

      Delete
  5. Nampk sedapnya kak sueee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sedap, cubalah nanti ya 😊

      Delete
  6. Sedapnya aa ikan bakar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, nak pula makan panas-panas..

      Delete
  7. Sedapnyaaaa. Tiba2 rasa terbau2 ikan bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afiq.. sedap, cuba lah masak nanti tau πŸ˜€

      Delete
  8. Sedapnya ikan bakar. Senang ada pes segera ni kan kak. Especially waktu puasa memang memudahkan kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Ana, haah Kak Sue siap order lagi nie untuk makan bulan puasa..

      Delete
  9. sedapnya kakkkk. nk sikit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap makan panas-panas Busyra.. meh akak suap meh.. hehe..

      Delete
  10. sedapnya kak sue.. ala aritu jumpa sue lupa nak tanya la.. ruginya.. tak ada rezeki lagi nak jumpa kak sue jugak nak rasa kelapa laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Ita, nanti cuba ya.. boleh pos juga tu Ita. Itulah nanti jumpa Kak Sue boleh lah rasa ya :)

      Delete
  11. Allahu... terliuq hmm.. dah la faveret nih.. Lamanya tak balik kampung T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba masak nie Amer, senang aja.. ehehe..

      Delete
  12. Ya Allah ni rasa nak cuba buat bila balik rumah nanti... Nak ikut resepi kak shu ni.. mekaceh share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Ina, senang aja nie.. sesama sayang :)

      Delete
  13. perghhhhh mengancammm ikan bakaq berempah ni kak sue *telan air liur* hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. KC, nanti cuba tau resepi nie..

      Delete
  14. Replies
    1. Sedap Linda, order demgan Sue Izza Linda, senang kerja kita..

      Delete
  15. sedapnya ikan. tapi harga ikan sekarang lagi mahal daripada ayam kan kak.

    -TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, family Kak Sue memang lebih suka ikan.. Tu lah memang mahal kan..

      Delete
  16. tq kak,terliur plak tengok dah la feveret ikan talapia bakar hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Sue, nanti boleh la cuba Sue bakar ikan talapia Sue.. ehehe..

      Delete
  17. nampak sedap tu..! gambar pun cantik la Kak Sue.. terang dan jelas.. :)

    ...

    ReplyDelete
  18. ikan bakar = sesuai sgt resepi ni menjelang ramadhan, sue.
    buat plak air asam.
    nasi panas... aduhai.
    mau nyer bertambah 2-3 pinggan nasi :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.