Resepi Mudah Gulai Tempoyak Pahang

May 03, 2017

Assalamualaikum,hai semua! Masak apa hari nie.. kadang tak sempat nak masak kan terkejar-kejar balik dari kerja. Bagi yang memang bekerja sebagai surirumah, surirumah pun bekerja tau jangan buat tak tahu pula.. ehehe, pun kadang dah tak idea nak masak apa kan. Masalah yang sama setiap hari. Kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang resepi mudah Gulai Tempoyak Pahang. Tak payah ambil masa yang lama pun nak siapkan Gulai Tempoyak Pahang nie tau.. jom kita tengok jom..

resepi mudah gulai tempoyak pahang
Gulai Tempoyak Pahang

Gulai Tempoyak Pahang Mudah dan Cepat

Sekarang nie kalau boleh semua nak cepat kan. Ya lah, macam Kak Sue cakap tadi kalau yang bekerja tu balik rumah dah lewat petang. Ambil anak balik sekolah, beli bahan untuk masak makan malam, sangat memenatkan. Kak Sue nak kongsi dengan korang cara mudah nak masak Gulai Tempoyak Pahang tak payan susah-susah nak sediakan macam-macam bahan. Hanya gunakan Pes Gulai Tempoyak FZE dari Fauziana Samat Sambalbelimbing. Mudah dan cepat..

resepi mudah gulai tempoyak pahang
Pes Gulai Tempoyak Pahang dan Sambal Hitam

Resepi Gulai Tempoyak Pahang

Bahan
1 ekor ikan talapia - dipotong dua
1 batang serai - diketuk
1 biji tomato - dibelah enam
1 pek Pes Gulai Tempoyak Pahang FZE
Garam secukup rasa


resepi mudah gulai tempoyak pahang
Resepi Mudah Gulai Tempoyak Pahang

Cara Menyediakan
Masukkan pes ke dalam periuk dan tambahkan air ikut kesukaan korang
Masukkan serai yang telah diketuk
Masak campuran tadi sehingga mendidih dan sedikit pekat
Masukkan sedikit garam kalau perlu
Masukkan ikan talapia tadi, biarkan mendidih atau sehingga ikan masak
Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api
Sedia untuk dihidangkan, senang ja kan

Bukan setakat pes Gulai Tempoyak Pahang aja, ada bermacam lagi pilihan produk dari FZE antaranya Sambal Hitam, Pes Ikan Bakar, Daging Pekasam dan Ikan Pekasam pun ada. Tambah tak lama lagi kita dah nak sambut bulan ramadhan kan sesuai sangat lah sediakan stok macam nie kat rumah. Bagi yang berminat korang boleh singgah di facebook Sue Izza atau boleh hubungi beliau terus di nombor 017 939 7536. Selamat mencuba .. papai!


You Might Also Like

9 ulasan

  1. Alhamdulillahhhh tq banyak kak...

    ReplyDelete
  2. Soalan susah setiap hari, nak masak apa hari ni? 😂

    ReplyDelete
  3. Tempoyak ni memang favourite sy dan anak... 😊

    ReplyDelete
  4. Dah ada jual pes tempoyak rupanya ..

    ReplyDelete
  5. wahh mudahnya dh ada pes.. even busyra tak makan gulai tempoyak tp tngok mcm sedap je tu.. hehe

    ReplyDelete
  6. Wahhhh.... sedappp! Gulai tempoyak kegemaranku... :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kaksue ! heheh lapaq lak rasa . hehe

    http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html

    ReplyDelete
  8. menarik ni, sue.
    gulai tempoyak my feveret.
    kalu la ke pahang, mencari lauk ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.