Assalamualaikum, hai semua! Bila anak meningkat remaja nie memang pening kepala kan. Kita dah tak boleh nak rotan atau berkasar sangat. Masa macam nie kena buat macam kawan.. walaupun kadang rasa nak ajak berlawan ja.. hahaha! Sabar aja lah Ibu nie.. Abang anak nombor dua Kak Sue jenis yang suka aktiviti luar yang lasak. Yang peningnya Abang suka bertukar-tukar hobi dia, aktiviti baru Abang sekarang nie sukan bermotor! Kemahin lagi kan aktiviti baru Abang kali nie.. tak kalah, jenuh Ibu dan Abah..
|
Aktiviti baru Abang - Chewaaaahhh.. |
Aktiviti Baru Abang Sukan Bermotor
Sebenarnya kan aktiviti baru lasak Abang sukan bermotor nie kan, pada mulanya tidak disetujui oleh Kak Sue, apatah lagi Tok pah. tu belum Tok Wan, Mbah Lanag dan Mbah Wedok tau lagi tu.. Silap-silap, Ibu dan Abah yang kena basuh.. tapi disebabkan minat Abang yang amat sangat, ya lah dari Abang dok bawa motor kat jalan raya kesana sini baik kita salurkan ke jalan yang betul. Kali nie tak tahu lah berapa lama pula bertahan, bukan sikit duit kut bila dah serius nanti. Abang hobi dan aktiviti yang beliau suka.. hmmm.. kopak poket! Demi anak-anak tak apa lah..
|
Aktiviti baru Abang - Team motor |
|
Aktiviti baru Abang - Abang dan Papa Wan |
Buat permulaan nie Abang cuma traning di track sambil dipantau oleh orang yang berpengalaman. Dari segi keselamatan amat dititik beratkan, seperti baju yang khas dan juga topi keledar. Apa pun, kami meletakkan syarat kalau Abang berminat dengan sukan bermotor nie pelajaran tak boleh diabaikan, displin dan solat kena jaga. Gagal dengan syarat tadi, selamat tinggal sukan bermotor! Tiada kompromi!
|
Aktiviti baru Abang - motor-motor juga solat jangan tinggal |
Sebenarnya kita sebagai ibu bapa nie, sentiasa mahukan terbaik untuk anak-anak kita kan. kadang kita dah rancangkan benda lain, end up lain pula yang jadi. Apa pun, kami sebagai Ibu dan Abah sentiasa menyokong apa sahaja perkara yang baik, asalkan tidak menekan dan mendera perasaan anak-anak. Semoga Kakak, Abang dan Adik cemerlang dalam bidang dan minat masing-masing.. Ibu love you all, muah!
9 Comments
wahh sakan ni hehehhe
ReplyDeletePandai akk didik dorang. Alhamdulillah..walaupun beraktiviti solat diutamakan
ReplyDeletealhamdulillah bagus camni kak
ReplyDeleteKalau ana pun pening juga mcm ni kak tp memandangkan memanng dia dh minat dan keselamatan di titik berat kan, ok lah tu. Dr dia memberontak buat benda yg kita risau susah juga tu.
ReplyDeletebagusnya akak support minat anak..kalau saya a big NO la.. mak seram nak...hahaha
ReplyDeletekak.. atie suka tengok gambar last sekali tu.. hee~ mesti jiwa akak, sebagai ibu tersentuh kan..
ReplyDeleteT.care abang.Dengar cakap ibu abah tu!.
ReplyDeleteAishhh.. lama dah tinggalkan sukan bermotor nih.. maklumlah faktor usia heee... Rindu jugak rasanya... Thanks share... ;)
ReplyDeleteWow bestnya
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️