Tips Mudah Sembuhkan Batuk

April 12, 2017

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue masih lagi tak berapa sihat.. demam yang on off setiap hari. Selsema dah kurang, tapi batuk.. Allah, kadang malam berjaga sampai berkali-kali sebab batuk sampai nak muntah..huhuhu.. Sebelum nie ada Ustaz Amin, ustaz sekolah Adik kongsikan tips mudah sembuhkan batuk. Semalam kawan niaga kongsi cara yang sama juga .Hari nie Kak Sue rasa nak cuba tips mudah sembuhkan batuk nie.. mana tau serasi pula kan..

tips mudah sembuhkan batuk


Tips Mudah Sembuhkan Batuk


Sekarang musim demam dan batuk. Paling tak tahan bila batuk, tak berenti sampai rasa nak terkucil pun ada..huhuhu.. Bila malam memang batuk datang menyerang paling teruk, menganggu tidur pun ya. Memacam cara dan petua Kak Sue cuba, tak berkurang juga. Kali nie Kak Sue cuba cara yang dikongsikan oleh kawan niaga, makan buah nenas sama macam petua dari Ustaz Amin
tips mudah sembuhkan batuk

Cuma tips dari kawan Kak Sue nenas dalam tin, pastu kena minum jus nya sekali. Kalau petua dari ustaz buah nenas fresh buat jus pun boleh, makan nenas gitu pun boleh. Kak Sue bukan lah peminat buah nenas sangat, jadi Kak Sue pilih nenas dalam tin aja lah. Awal pagi Abang Man dah belikan untuk Kak Sue, habis satu tin nenas tu Kak Sue makan. Sedap lah pulak..ehehe.. Rasa macam kurang sikit lah batuknya, tapi jangan lah baru cuba sekali berharap terus sembuh.. kena lah makan berkali-kali kan..

Korang yang mengalami batuk yang teruk boleh lah cuba cara nie tau. Cuma kesembuhan batuk semua dengan izin Allah, kita ikhtiar aja kan. Lagi pun mudah sangat tips nie kan. Semoga mafaat untuk korang ya..selamat mencuba, papai!


You Might Also Like

12 ulasan

  1. Boleh cuba nanti... Terima kasih kak sbb kongsikan tips..❤❤

    ReplyDelete
  2. Ana kalau batuk dan start nk selesema cepat2 minum madu dan lemon. Alhamdulillah berkesan. Esok nya kahak tu jadi berkumpul dan senang keluar. Kalau tak macam kak sue cakap lah, time tidur pun boleh batuk teruk. Yg tak tahan masa nak solat pun. Tgh baca Fatihah tak sempat nak habis baca tekak bukan main gatal. Hehe

    ReplyDelete
  3. Moga batuk akak segera kebah kak...boleh sakit perut kalau batuk tak berhenti ni...

    ReplyDelete
  4. Mungkin saya kena cuba ni walaupun saya tak suka sangat dengan nanas ni :D

    ReplyDelete
  5. semoga lekas sembuh kak,ma pun ajar sue guna nenas ...

    ReplyDelete
  6. Moga kak su cepat sembuh. Cm pun suka makan Nenas sedap.

    ReplyDelete
  7. syafakillah kak sue.. lamanya tak melawat sini.. nasib selalu jmpa kat FB..hihihihi, nice tip unni ni dalam 3 bulan mesti kena serang batuk, macam da rutin rasanya.. blh amalnkn tip akak

    ReplyDelete
  8. Sedap punya ubat ni...

    ReplyDelete
  9. buah nanas memang banyak manfaatnya selain dari sembuh batuk macam kak sue katakan ianya baik untuk memcuci usus....

    ReplyDelete
  10. Menariknya tips. Selalu minum air madu+ lemon je

    ReplyDelete
  11. baik erk..takut makin gatal pulak tekak ni..hehee

    ReplyDelete
  12. Kebetulan Azif pun dok batuk2 ni... Mcm xnak biasakan sgt dgn ubat... Boleh la try nenas tin utk dia..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.