Assalamualaikum, hai semua. Kak Sue masih lagi tak berapa sihat, demam yang on off setiap hari. Selsema dah kurang, tapi batuk.. Allah, kadang malam berjaga sampai berkali-kali sebab batuk sampai rasa nak termuntah dah. Sebelum nie ada Ustaz Amin, ustaz sekolah Adik kongsikan Tips Mudah Sembuhkan Batuk. Semalam pun kawan niaga kongsi cara yang sama juga. Hari nie Kak Sue terus rasa nak cuba tips mudah sembuhkan batuk nie, mana tau serasi pula kan..

Tips Mudah Sembuhkan Batuk
Tips Mudah Sembuhkan Batuk

Tips Mudah Sembuhkan Batuk

Sekarang nie memang musim demam dan batuk. Paling tak tahan bila batuk tu, tak berhenti pula sampai rasa nak terkucil pun ada. Tambah bila malam memang batuk datang menyerang paling teruk, menganggu tidur pun ya. Memacam cara dan petua Kak Sue cuba, tapi tak berkurang juga. Kali nie Kak Sue cuba lah tips mudah sembuhkan batuk yang dikongsi oleh Ustaz Amin dan kawan niaga Kak Sue nie iaitu makan nenas dalam tin..

Tips Mudah Sembuhkan Batuk
Tips Mudah Sembuhkan Batuk

Cuma tips dari kawan Kak Sue nenas dalam tin, pastu kena minum jus nya sekali. Kalau petua dari ustaz buah nenas fresh buat jus pun boleh, makan nenas gitu pun boleh. Kak Sue bukan lah peminat buah nenas sangat, jadi Kak Sue pilih nenas dalam tin aja lah.

Awal pagi Abang Man dah belikan untuk Kak Sue, habis satu tin nenas tu Kak Sue makan. Sedap lah pula rasa nenas dalam tin nie. Rasa macam kurang sikit lah batuknya, tapi jangan lah baru cuba sekali berharap terus sembuh kan. Kena lah ulang makan dua tiga kali tengok serasi ke tak kan..

Korang yang mengalami batuk yang teruk macam Kak Sue nie, boleh lah cuba cara nie tau. Mana lah tau serasi pula kan, kita nie cuma ikhtiar aja, yang memberi kesembuhan hanya lah Allah yang Maha Esa. Lagi pun tips mudah nak sembuhkan batuk nie memang mudah nak kita ikut. Semoga bermanfaat untuk korang ya. Selamat mencuba, papai!