Assalamualaikum, hai semua! Aktiviti Kak Sue hari nie dok mengelap dan mengemas dapur. Kalau tak ada buat kerja luar rumah hantar order atau ke event macam nie lah Kak Sue. Ada aja kerja nak buat, tak boleh tengok rumah sepah. Bila dah bersih dan kemas, sedap mata memandang kan.. Lega rasa, baru tenang dan mood ceria kan.. ehehe..
Cara Kekalkan Dapur Kemas dan Bersih
Cara Kak Sue kekalkan dapur kemas dan bersih sama aja macam orang lain. Bila siap aja masak terus lap dan kemas. Kak Sue memang jenis tak suka kumpul pinggan mangkuk yang kotor dalam sinki. Abang Man dari mula kahwin memang basuh pinggan sendiri, anak-anak pun Kak Sue ajar dari kecil. Biar mereka terbiasa dengan rutin tu bila selepas makan.. tak ada lah main tinggal aja dalam sinki kan..
Sampah pula Kak Sue buang setiap hari kalau sampah yang basah tu, bagi mengelakkan sampah berulat. Bila sampah dah berulat mulalah menambah kerja, dah satu hal pula nak mop bagai..penat tau! Huhuhu.. Sampah kering pula Kak Sue buang dua hari sekali. Nanti biar lelama macam-macam bau pula.. dah rasa tak selesa
Akhir sekali kalau ada air atau makanan yang tumpah terus lap. Jangan biar sampai dah kering, susah dah nak lap. Lepas tu kena pula dah terpijak kesana kemari melekit satu rumah. Haih.. serabut betul kalau macam tu. Lap tu biar lah dua tiga kali, jangan setakat sekali aja, macam tak ada apalah kalau macam tu..tetap melekit juga. Kena rajin sikit ya..
Itulah ajalah secara ringkas cara Kak Sue kekalkan dapur kemas dan bersih. Kena rajin, kerjasama dan kekalkan rutin yang Kak Sue cakapkan tadi, IsyaAllah kemas dan bersih lah dapur.. sedap mata memandang kan.. Jumpa lagi, papai!
16 Comments
sukanyaa yana tengok ssusun atur kak sue .. nanti bila yana dah ada rumah sendiri nak ikot mcm nie la hehehe
ReplyDeleteRajinnya kak sue.
ReplyDeleteElok rajin kan. Rumah bersih sedap mata memaandang,
hee~ tu le tu.. dah kalau dok kat rumah, mana mau nengok rumah bersepah kan.. sakit mata turun ke hati.. kang mula la membebel..
ReplyDeleterajinnnn :D
ReplyDeletemmg sedap mata memandang..lagi2 nampak kopi machine tu..rasa nak buat kopi je..haha
ReplyDeleteKerja dapur ni kalau main menangguh kerja, nanti akan jadi double, haha.
ReplyDeleteLawa dapur kak sue
ReplyDeleteTenang jew rasa bila tengok dapur bersih dan kemas.
ReplyDeleterajinnya k.sue..sy ni ramai kat rmah..asyik sorg jer kmas rmah..rasa mls jgk..haha
ReplyDeletehai sis.. sedap mata memandang..
ReplyDeletedapur saya kecik, barang banyak, nak buat konsep minimalis kena humban semua keluar dlu..hehehehe
ReplyDeleteDapur kalau kemas rasa bernafas je.. lapang hati.. nak buat kerja2 dapur pun bertambah semangat :)
ReplyDeletemoleknye dapur kak sue. cerah dan ceria. sedap mata memandang.
ReplyDeleteDapur kalau kemas dan cantik mesti bersemangat nak masak setiap hari 😍😍
ReplyDeleteDatang sini follow blog kak su 😉
ReplyDeletesuka bekas biru tu...nak cari gak nanti..hehe
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️