Petua Hilangkan Semut

Assalamualaikum, hai semua! Kadang kalau kat rumah serabut kan tengok semut banyak. Semua benda nak dihurungnya, bukan setakat benda manis aja. Dah letak ubat semut pun macam tak jalan jugak. Masih ada lagi... Akhirnya Kak Sue cuba petua hilangkan semut yang dikongsikan oleh siapa pun dah tak ingat dah. Yang pasti petua hilangkan semua nie mudah sangat tak perlu keluarkan belanja mahal pun, guna bahan yang memang ada kat dapur kita ja..
petua hilangkan semut
Petua Hilangkan Semut - Gambar sumber Google

Petua Hilangkan Semut Yang Mudah


Selalunya Kak Sue gunakan petua nie pada barang makanan yang dihurung semut. Kali nie Kak Sue cuba kat tempat yang selalu jadi tempat tumpuan semut kat dapur Kak Sue pulak. Petuanya mudah sangat. Tahu dan kenal tak kulit kayu manis...? Melampau tau kalau tak kenal. Benda yang kita gunakan dalam bahan masakan.. Selalunya mesti ada kat dapur tau..

Caranya macam nie, letakkan kulit kayu manis tu ditempat yang menjadi tumpuan Cik semut, InsyaAllah tak lama lepas tu kan semut akan berkurangkan dan hilang terus. Tapi Kak Sue tak pasti lah berapa lama perlu letak kulit kayu manis kat tempat tu tau, Kak Sue biarkan aja kat situ.. Macam gula kalau ada semut pun Kak Sue letakkan kulit kayu manis nie kat dalam bekas gula jugak. Sampai semut dah tak ada baru keluarkan dan semut tak datang balik pun. Korang cubalah petua nie kalau ada masalah semut kat rumah tu. Semoga bermafaat untuk semua tau.. papai!

Post a Comment

7 Comments

  1. bleh try ni,tapi selalu balang gula sue letak bunga cengkih berkesan la jugak.

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ni. Selama ni ana letak cengkih jer kak. Hilang juga semut2 tu 😊

    ReplyDelete
  3. Geram tengok kalau semut lepas masuk balang gula... Kalau musim panas lagi banyak semut, balang air kosong pun nak masuk jugak...

    ReplyDelete
  4. Boleh try juga untuk elakkan lipas guna kayu manis ni <3

    ReplyDelete
  5. wah baru tau..boleh cuba ni

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak cara ni. Boleh cuba nnti..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️