Kelapa Laut MAN JAVA | Open Order Pasar Ramadhan 2017

Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue nak buat pengumuman sikit pada semua yang berminat nak order Pati Kelapa Laut MAN JAVA untuk pasar ramadhan 2017. Tahun nie kami open order awal sikit dari tahun lepas sebab nak susun order dan nama peniaga yang sedia ada dengan peniaga baru untuk tahun nie. Kalau ada yang dah confrimkan dengan Abang Man tu kira dah tersenarai lah nama korang ya..
kelapa laut man java open order pasar ramadhan 2017


Open Order Untuk Peniaga Pasar Ramadhan 2017


Untuk info semua, pihak kami nak ulang lagi kat sini kepada semua peniaga lama dan baru. Setiap seorang peniaga hanya satu kawasan, pasar malam dan pasar ramadhan yang dibenarkan berniaga produk kami. Macam biasa lah kan, dah berapa kali dah Kak Sue dan Abang Man bagi tahu kan. Tahun nie tak mahu lah ada masalah berbangkit bila dalam satu tempat berniaga sampai dua, tiga orang peniaga yang berniaga produk yang sama dari kami. Kecuali ada peniaga yang tak kisah dan nak bersaing dengan sihat tak jadi masalah pada pihak kami. Kita nak cari rezeki kan, kalu boleh semua nak baik-baik aja..

Pihak kami juga tak akan bertolak ansur kalau ada antara peniaga yang mengubah rasa dan jenama kami. Jangan pandai-pandai nak ubah pula ya.. Kalau untuk rebranding semula produk kami ada cara, kita bincang dulu okay. Kalau boleh kami tak mahu benda nie berlaku dan kalau dapat tahu bekalan produk akan diberhentikan serta merta!
kelapa laut man java open order pasar ramadhan 2017

Untuk order yang pertama kali, sila beritahu nama, tempat dan kuantiti order. Semua order perlu dibuat selewat-lewatnya tiga minggu sebelum tarikh penghantaran. Setiap penghantaran akan dikenakan caj penghantaran mengikut kawasan masing-masing. Untuk kawasan Lembah Klang akan ada pick up point yang akan diberitahu nanti. Okay lah itu saja info kali ini, harap dapat beri kerjasama ya nanti..

Terima kasih kepada semua peniaga lama dan baru yang masih sudi bekerjasama dengan kami pada tahun nie. Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dimudahkan semua urusan. Rezeki sama dikongsi.. papai!

Untuk lebih detail boleh whatapps laju-laju nombor kat bawah nie ya :)

Man Java Enterprise
Nombor Tel
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga terus success perniagaan ye kak. InsyaAllah 😘

    ReplyDelete
  2. Rindu air kedondong asam boi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️