Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah

10:27:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kali nie Kak Sue masak Sotong Goreng Kunyit Berkuah tukar menu pula kan.Dah tak tahu nak masak apa dah, semalam keluar beli barang dapur nampak sotong nie beli la sikit untuk masak hari nie.Selalu kalau goreng sotong tak ada berkuah sangat nie Kak Sue saja buat Sotong Goreng Kunyit Berkuah pula tak ada lah kering sangat kan bila makan tu..janji pedas cukup dah!

Sekarang nie boleh kata semua barang mahal.Kak Sue terkejut tiap kali pergi beli barang dapur ada aja yang berubah harga.Sayur pun naik harga juga, kalau nak beli tu kena beli sayur yang boleh tahan untuk dua tiga hari.Buakn apa nanti takut rosak pula kan dah membazir.Barang basah yang lain jangan cakap lah, semua mahal-mahal belaka nak tak nak terpaksa juga kita belikan.Sabar ajalah hati nie..Okay lah rasa dah panjang Kak Sue dok meluah rasa jom kita tengok resepinya ya..

resepi sotong goreng kunyit berkuah
Sotong Goreng Kunyit Berkuah

Sotong Goreng Kunyit Berkuah

Resepi Asal : Citarasa Mama Ana
Bahan -bahan :
1 kg sotong bersaiz sederhana
1/2 biji bawang besar - dihiris halus
3 biji bawang putih - dihiris halus
1/2 inci halia - dihiris halus
16 biji cili padi -dihiris kecil dan ikut kepedasan masing-masing
1 sudu besar kicap lemak manis Cap Kipas Udang
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar (Kak Sue letak serbuk lada, sebab lada hitam habis..ehehe)
1/2 kiub ayam Knorr
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit kunyit dan garam untuk digaul bersama sotong

Cara -cara :
Bersihkan sotong dan potong kecil dan membulat (Kak Sue rendam sekejap dengan tepung gandum nak elak bau hanyir)
Kemudian cuci bersih, toskan sekejap dan gaul bersama garam dan kunyit
Panaskan minyak tumis bahan yang dihiris tadi sehingga naik bau
Masukkan sotong yang telah digaul dengan kunyit tadi
Bila dah separuh masak,masukkan kicap lemak manis dan sos tiram,kacau sekejap
Kemudian masukkan kiub ayam Knor dan masukkan sayur kalau suka
Perasakan dengan garam,tutup api
Sedia untuk dihidangkan

Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments:

  1. Lama nak buat benda ni, kalau saya masak sotong mesti lembik lepas tu... haha

    ReplyDelete
  2. Fav saya ni kalau sotong! Sedapnya masak macamni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.