Resepi Ayam Masak Bali

4:18:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kali nie Kak Sue nak cuba menu baru Ayam Masak Bali.Pagi tadi Abang Man balik dari kedai tengok bahan masakan yang dibeli ialah ayam.Selalu kalau beli ayam samada goreng garing, masak sambal atau kicap.Kali nie nak cuba masakan lain pula.Kak Sue pun google resepi ayam, sekali ternampak resepi Ayam Masak Bali.Macam menarik aja, bahan semua ada kat rumah dah apa lagi terus siapkan untuk masak.Jom kita tengok apa bahannya ya..

resepi ayam masak bali
Ayam Masak Bali

Ayam Masak Bali

Resepi Asal : Cik Epal
Bahan - bahan :
1 ekor ayam - digoreng,ketepikan (Kak Sue guna 1/2 ayam aja )
6 biji bawang besar - dikisar (Kak Sue letak 3 biji aja)
1 labu bawang putih - dikisar ( Kak Sue letak 5 biji)
1 inci halia - dikisar
2 inci belacan - dikisar
8 batang serai - diketuk ( Kak Sue letak 2 batang aja )
6 tangkai daun kari - dicuci bersih,toskan ( Kak Sue guna 4 tangkai )
3 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
Segemgam cili kering - dikisar
Kicap


resepi ayam masak bali
Antara bahan - bahan untuk resepi Ayam Masak Bali
Cara - cara :
Panaskan minyak, Kak sue guna minyak baki goreng ayam tadi
Masukkan serai tadi, goreng sampai garing sikit..coklat-coklat gitu ya
Masukkan daun kari pula, gorenng garing juga
Kemudian masukkan bahan kisat tadi, masak sehingga naik bau dan garing
Kemudian bila dah garing dan keluar minyak baru masukkan gula dan garam.Agak-agak aja sebenar kena pandai agak ada rasa manis dan masin tu ya
Kemudian masukkan kicap sampai nampak kuah tu warna maroon kata Cik Epal, gaul sebati
Akhir sekali masukkan ayam, masak lagi 15 minit kalau ikut resepi Cik Epal, tapi Kak sue masak separuh ayam Kak Sue masak lagi 5 minit aja kuah dah macam nak kering
Tutup api, sedia untuk dihidangkan..haaa, siap dah!

Ada juga bahan yang tak cukup sebenar macam serai tu dua batang aja masukkan sebab itu aja dalam peti ais.Buat aja lah..lain kali kita repeat lagi resepi nie, sedap!Bau serai dan daun kari tu Kak Sue suka sangat.Selamat mencuba ya..papai!

Untuk resepi masakan ayam korang boleh singgah sini ya Resepi Ayam Lemon dan Kentang





Anda Juga Mungkin Meminati

3 comments:

  1. Suka...suka...suka...memang selalu buat bila dah xde idea nak masak...

    ReplyDelete
  2. Nyum nyum. Sedapnya. Hari ni menu ana ayam masak masala ����

    ReplyDelete
  3. mcm sedap je.. lain sikit dr biasa ni.. boleh masuk list!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.