Resepi Ikan Talapia Goreng Pedas

January 19, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Masak apa hari nie? Kak Sue masak menu ringkas aja macam biasa.Kat rumah Kak Sue nie semua jenis tak kisah janji mesti kena pedas.Memula ingat nak masak lemak kuning,teringat Abang Tihie tak makan pula,jadi Kak Sue tukar menu Ikan Talapia Goreng Pedas.Kata Abang Man goreng biasa pun tak apa tapi macam tak ada kuah kan,nanti makan kering sangat rasa nasi tu.Jom lah kita tengok bahan resepi Ikan Talapia Goreng Pedas, senang aja nie...jom kita!

resepi ikan talapia goreng pedas
Ikan Talapia Goreng Pedas

Resepi Ikan Talapia Goreng Pedas

Bahan - bahan :
2 ekor ikan talapia 
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 biji cili besar merah - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 kiub ayam Knorr
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Cuci bersih ikan talaphia,gaul dengan garam dan kunyit dan goreng, ketepikan
Panaskan kuali,tumis bahan yang dikisar tadi sehingga masak
Kalau kering sangat tambah air sikit tau
Masukkan kiub ayam Knorr,biarkan mendidih sekejap
Perasakan garam kalau suka,Kak Sue kuat masin
Curah kuah sambal atas ikan talapia tadi,sedia untuk dihidangkan

Korang boleh cuba resepi ini juga tau Ikan Talapia Masak Stim Asam Ringkas dan Sedap

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Dapat ikan talapia Segar yg DLM sangkar tu bapok sedaknye.... Buat bakar cecah air asam...;-)

    ReplyDelete
  2. nggrrrrrr telan air liuq =D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.