Ikan Talapia Masak Stim Asam Ringkas dan Sedap

April 16, 2015

Assalamualaikum,Selamat malam semua..apa khabar? Diharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat ye,maklum la sekarang nie cuaca tak menentu kan.Pagi panas,nanti tetiba kang petang hujan pulak membuatkan anak-anak yang tak tahan dengan cuaca tu,ada yang di serang demam la,selsema la,pecah mulut la..panas dalam katanya.Maklum lah bila panas dahaga,minum ais je kejenya.Jangan kata anak-anak,ibu-ibu,bapak,abang dan kakak pun kalau tak tahan dengan cuaca pun boleh di serang demam dan jadi tak berapa nak sihat.Harap semua kengkawan jaga kesihatan diri dan keluarga ye,minum banyak air kosong tau

Bila dah tak sihat tu,tak selera la nak makan sangat kan.Semua benda jadi tak kena kat tekak.Tapi hari nie Kak Sue nak kongsi resepi yang ringkas tapi sedap.Memang membuka selera.Semalam dok memikir apa la nak masak,sebelum tidor Kak Sue pun google la resepi,sekali terjumpa resepi mudah dan membuka selera dari Blog saudari Ismahasmi.Kebetulan dalam freezer pun ada ikan talaphia memang sedang elok lah.Jom kita tengok resepi nya ye..cuma Kak Sue olah sedikit resepi nya mengikut selera  Kak Sue sikit.Mohon di kongsi resepinya ya Ismahasmi,terima kasih.

ikan talapia masak stim asam ringkas dan sedap

Ikan Talapia Masak Stim Asam Ringkas dan Sedap

Resepi Asal:Ismahasmi
Bahan - bahan :
1 ekor Ikan Talapia
3 biji Tomato (Kak Sue guna sebiji je)
1/2 batang Carrot
2 inci Halia muda (Kak Sue guna 1 inci je)
4 biji Cili Padi (Kak Sue guna lebih)
1 biji Cili besar merah (Kak sue tak guna jugak)
3 biji Limau kasturi (Kak Sue tak guna pun)
1 biji Bawang besar
1 biji Oren (guna 3 slice je)
Asam Jawa ikut kepekatn dan banyak mana korang nak ye
Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara - cara :
Panaskan loyang
Potong kecil halia,bawang besar,cili padi,cili besar dan carrot tadi
Masukkan ikan ke dalam bekas yang nak di kukus
Kemudian masukkan semua bahan yang telah di potong tadi atas ikan talaphia
Potong limau kasturi dan perahkan atas ikan tadi (Kak Sue skip bahagian nie,sebab limau yelek)
Kemudian masukkan pula asam jawa yang telah di bancuh dengan sedikit air (ikut selera memasing nak macam mana pekat ye)
Akhir sekali letak oren dan tomato yang telah di potong,taburkan daun sup dan bawang .
Kukus selama 10-15 minit aje..dah siap...

Mudahkan resepinya.Selamat mencuba ya..Jumpa lagi di entry yang lain..Papai!!!




You Might Also Like

2 ulasan

  1. Wahhhh. dahh buat resepi lah. boleh tahan jee caranya. Apapun, thankss ye acik sue sudi share resepi ni :)

    ReplyDelete
  2. dah Kiera..cubalah ye,mudah je cara n bahan nya..yw dear.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.