Resepi Ayam Masak Tomato

January 28, 2017

Assalamualaikm,hai semua!Bila musim cuti sekolah macam nie,ibu-ibu semua lebih banyak menghabiskan masa kat dapur kan.Ya lah,bila dah ramai-ramai nie seronok kalau dapat berkumpul dan makan bersama keluarga.Macam Kak Sue hari nie fikir punya fikir apa nak masak untuk makan tengahari.Sekali terus datang idea nak masak Ayam Masak Tomato lah hari nie.Asyik dok masak ikan aja tukar sikit kali nie masak ayam pula.Jom kita tengok resepi Ayam Masak Tomato nie jom..

resepi ayam masak tomato
Ayam Masak Tomato

Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan - bahan :
1 ekor ayam - dipotong kecil atau ikut kesukaan korang
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
Cili kering - dikisar dan sukatan ikut kesukaan korang,nak pedas atau kurang
2 camca sos tiram
2 camca sos cili
4 camca pes tomato
1 kiub ayam Knorr
sedikit kacang pea
sedikit garam 
sedikit gula

Cara - cara :
Panaskan minyak dan goreng ayam yang digaul dengan kunyit dan garam,separuh masak.Ketepikan.
Kemudian panaskan minyak,tumis bahan kisar sehingga masak
Masukkan sos tiram,sos cili dan pes tomato,kacau sebati
Biarkan mendidih sekejap,masukkan kiub ayam Knorr,gula dan garam secukup rasa
Masukkan ayam tadi,gaul sebati kemudian masukkan bawang yang dipotong bulat
Tutup api,sebelum dihidangkan tabur kacang pea diatas ayam tadi
Sedia untuk dihidangkan,selamat mencuba...

Korang boleh juga cuba resepi kat sini Ayam Sambal Black Pepper 





You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.