Ayam Sambal Black Pepper

June 21, 2015

Assalamualaikum semua,apa khabar hari nie,selamat berhujung minggu.Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa lebih baik dari tahun sebelumnya ya.Hari minggu begini,tentu kita lebih suka berbuka puasa di rumah bersama keluarga kan..Kalau tak kemana-mana boleh lah cuba resepi Ayam Sambal Black Pepper dari Blogger Masakan kita Che CT yang lebih mesra dengan panggilan Kak CT.Semalam berjalan-jalan di wall facebook,ternampak pulak gambar masakan Kak CT.. sedap pula nengoknya.Terus Kak Sue minta resepi pada Kak CT..siangnya terus Kak Sue mencuba resepinya,memang sedap..suka anak-anak Kak Sue.Tanpa melengahkan masa jom le kita tengok resepinya ye..

Ayam Sambal Black Pepper
Resepi Asal:Che CT
Bahan2nya:
1/2 ekor ayam~potong kecil 
Perapkan bersama garam dan kunyit 5 minit dan goreng 3/4 masak

Bahan Kisar Halus:
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

2 sudu besar sos black pepper
1 sudu besar cili kisar
1/4 cawan kicap manis
1 cawan air~atau lebih jika perlu
garam dan gula secukup rasa

Bahan lain:
2 biji kentang~di potong wedges dan goreng sebentar
2 biji tomato~potong empat
1 batang lobak merah~potong memanjang 1 inci
sedikit daun ketumbar~hiris kasar
sedikit cili padi~Kak Sue tambah

Cara2nya:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
Masukkan cili kisar,sos lada hitam,kicap manis,kacau rata
Masukkan lobak merah dan tambahkan air.Renih seketika dan masukkan ayam,kentang,garam dan gula secukup rasa
Masak hingga kuah sedikit pekat dan tututpkan api

~Selamat Mencuba ye kawan-kawan..papaii!!~





You Might Also Like

8 ulasan

  1. Hi assalamualaikum ...blogwalking. Jemput join giveaway dari EFG. ;) http://www.azlindaalin.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html?m=1


    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam Linda..dah join dah :)

      Delete
  2. kak su sedap nii . nak masak la untuk sahur esok ..Terima kasih share !

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba Ain..sedappp..sesame kasihhh :)

      Delete
  3. anak² saya sukalah kalau ayam masak sambal camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 kak Sue pun suka Mas..bertambah2 makan..

      Delete
  4. nampak sedap! dan simple nak buat kan kak sue

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Nani..simple je nak buat..try lah Nani..

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.