Cuti-Cuti Ke Hotel Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut Lumut ~ Sambung Cuti Lagi

SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Assalaamualaikum,hai semua!Macam Kak Sue janjikan nak kongsi sambungan cuti-cuti kami sekeluarga dari Apartment ke Hotel Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut Lumut pula.Hamboi kemahin kann..ini lah kelebihan join SGI Club Vacation,tapi yang ini nanti Kak Sue kongsikan kemudian ya..

Lepas aja check out dari apartment kami sekeluarga keluar makan dan beli belah sikit di Bandar Lumut dan check in balik ke hotel pada sebelah petang.Kira sambung lagi sehari layankan anak-anak bagi mereka puas bercuti dan mandi manda..Seronok bukan main lah,tambah lagi ustaz kecik tu..
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT

Hotel Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut,Lumut


Beberapa tahun lepas Kak Sue pernah bercuti kat sini,ini kali kedua lah datang sini..Kali nie bawa Tok Pah sekali.Macam kak Sue bagi tau sebelum nie lokasi Swiss Garden Resort & Spa nie agak jauh kedalam.Untuk ke Hotel Swiss Garden nie kena masuk ke depan lagi sikit,berdekatan dengan pantai.Kalau bernasib baik dan ada kekosongan boleh kita buat permintaan bilik hotel yang mengadap pemandangan laut.. cantik kalau dapat tengok sunset kan..

Kalau tak silap Kak Sue pilih bilik katil king size dan kami dapat bilik tepi laut juga tapi ada pokok-pokok kat tepi balkoni.Kira tak nampak sangat pantai,sebab terlindung sikit.Ada safety box,pengering rambut dan seterika baju dalam bilik,jadi tak perlu keluar macam kat aprtment bila nak gosok baju.Channel TV pun lebih banyak pilihan dari apartment dan masih ada lalat kat hotel nie pun.Agaknya memang musim tengah banyak lalat kut kali nie..
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Bilik Hotel Swiss Garden Lumut
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Seronok Adik dengan belated birtday gift..suka sangat lah tu!tanya apa yang Adik nak,itu juga yang dipilh
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Bersama Tok Pah yang sentiasa dalam hatiku..sayang Mak!

Selepas kami sekeluarga berehat dan solat Tok Pah bagi tahu nak jalan-jalan kat pantai,anak-anak pula tak sabar nak mandi kolam.Ikutkan aja,esok dah nak balik dah kan.Kalau kita bermalam di apartment nak kena naik kereta kalau nak ke pantai,kat hotel boleh jalan kaki aja,dekat sangat..

Kawasan pantai ada aktiviti berkuda,banana boat dan macam-macam lagi.Ada kawasan disediakan pondok untuk berehat macam Kak sue kongsikan sebelum nie,sambil menikmati pemandangan tepi pantai.Kalau nak mandi rasa macam tak sesuai kut,bagi Kak Sue lah nampak air macam kotor aja..hihihi,lagi pun Kak Sue fobia dengan air laut nie..main-main air kat tepi-tepi pantai boleh lah..
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Kawasan kolam mandi Hotel Swiss Garden Damai Laut
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Kolam mandi Hotel Swiss Garden Damai Laut
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Pantai Hotel Swiss Garden Damai Laut
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Pantai Swiss Garden Damai Laut Lumut,nak naik kuda pun boleh tapi Kak Sue pergi dah petang..kuda pun macam tengah berehat..dia jeling kut tepi ja..hahaha..
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Pantai Swiss Garden Damai Laut
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Sunset di pantai Swiss garden Damai Laut Lumut


Sebelum check out sempat lagi mandi manda,sampai naik terbakar dah kulit.Kolam kat sini cantik tau,terbahagi kolam dewasa dan kanak-kanak.Untuk dewasa agak dalam juga dan sebelum nie ada pengawasan dari pihak hotel kali nie macam tak ada atau Kak Sue yang tak perasan..sebab Kak Sue tak join mandi pun kali nie temankan Tok Pah rehat-rehat..
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT

Kolam mandi Swiss Garden Damai Laut Lumut

SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT

Kolam mandi Swiss Garden Damai Laut Lumut..kemahin Ustaz Kecik nie kan..

Berakhirlah cuti-cuti Kak Sue sekeluarga bersama Tok Pah kali nie,semoga diberi rezeki dan kesempatan yang lain untuk kami sekeluarga.Terima kasih suamiku,anak-anak dan mak tersayang,semoga kenangan ini terpahat selamanya..ecey..hihihi..
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Tok Pah dan cucu-cucunya bergambar kenangan
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LUMUT
Gambar kenangan sekeluarga..jumpa lagi di percutian yang lain

Terima kasih Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut dan pengurusan SGI Vacation Club.Tak sabar nak bercuti destinasi lain pula nanti,jumpa lagi..papai!








Post a Comment

3 Comments

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️