Cuti- Cuti Ke Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut Lumut

SWISS GARDEN RESORT DAMAI LAUT LUMUT

Assalamualaikum,hai semua!Tahun nie sekali lagi Kak Sue bercuti ke Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut,Lumut.Sebenarnya Kak Sue dan Abang Man dah plan nak bercuti ke Pahang,tapi masa nak buat tempahan bilik cuaca sebelah sana musim hujan pula katanya..Jadi kami sekeluarga terpaksa batalkan lah plan nak ke sana..
SWISS GARDEN RESORT & DAMAI LAUT LUMUT

Apartment Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut Lumut


Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut nie ada tiga jenis penginapan samada apartment,hotel atau villa.Sebelum nie Kak Sue sekeluarga pernah datang sini dah dan sewa hotel tapi kali nie kami nak cuba apartment satu bilik pula.Kat apartment nie pun ada kolam mandi juga tapi tak sebesar macam kat hotel.Ada ekon kat ruang tamu dan dalam bilik tidur,dapur dan peti ais,jadi kita boleh masak kat sana tau..

Kalau datang sekeluarga atau nak buat family holiday bagi Kak Sue sesuai kalau ambik apartment kat sini.Ruang tamu agak luas,muat untuk tidur satu keluarga lagi..Korang jangan lupa bawa extra toto dan bantal tau..Ada dapur dan peralatan memasak,jimat sikit kan bila ramai-ramai bercuti..
SWISS GARDEN RESORT DAMAI LAUT LUMUT
Di sini juga ada sauna dan aktiviti lain seperti pinpong,bola jaring dan disediakn tempat khas untuk kita ber bbq.Untuk aktiviti tepi pantai kita kena pergi ke hotel yang berdekatan dengan pantai,berkuda,berkayak dan macam-macam lagi.Kak Sue kalau bercuti mesti nak cari hotel atau apartment yang ada hotel untuk anak-anak Kak Sue.mereka memang suka sangat mandi kolam..kalau dah mandi tu,memang jenuh la nak ajak naik bilik dah..

Taman permainan kanak-kanak pun ada,luas dan selesa.Sebelah kolam mandi aja,ibu bapa boleh lepak-lepak kat tepi taman sambil pantau anak-anak bermain..Tepi kolam ada satu kedai menjual makanan ringan kut anak-anak,jadi tak perlu risau kalau anak-anak tetiba lapar selepas mandi..
SWISS GARDEN RESORT DAMAI LAUT LUMUT
Ruang tamu Apartment Swiss Garden Resort Damai Laut
SWISS GARDEN RESORT DAMAI LAUT LUMUT
Dapur Apartment Swiss Garden Damai Laut
SWISS GARDEN RESORT DAMAI LAUT LUMUT
Bilik Tidur Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut
SWISS GARDEN RESORT DAMAI LAUT LUMUT
Taman Permaian Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut
SWISS GARDEN RESORT DAMAI LAUT LUMUT
Taman permainan di Apartment Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut

Lokasi Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut nie pula agak jauh ke dalam tempatnya dikelilingi hutan paya bakau.Rasa macam dah tak ada hutan sangat macam pertama kali Kak Sue sekeluarga datang dulu.Bahagian depan jalan sedang rancak projek perumahan.Bagi yang suka privacy dan suka suasana sunyi memang sesuai bercuti kat sini.kalau nak keluar ke bandar Lumut kira dalam 40 minit juga lah jadi seelok-eloknya korang beli stok barang makanan siap-siap tau..



Alhamdullilah cuti kali nie Kak Sue sekeluarga dapat meluangkan lebih masa dengan Tok Pah.Keseluruhannya Kak Sue berpuashati dengan percutian kali nie,cuma kali nie lalat agak banyak dan agak menganggu.Harap pihak Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut dapat perbaiki di masa akan datang.Rasanya Kak Sue akan check in hotel Swiss Garden pula lepas nie,anak-anak belum puas lagi bercuti..tunggu Kak Sue kongsikan cuti kat hotel pula ya..papai!







Post a Comment

6 Comments

  1. Besarnya ruang tamu. Seronok bawa family datang sini.

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm best ja. Bawa anak anak mesti enjoy mandi kolam

    ReplyDelete
  3. best gila . selesa nak bercuti..

    ReplyDelete
  4. saya siap island hopping lagi. naik boat ke pangkor dr hotel ni. boleh tahan jugakla..

    ReplyDelete
  5. Bonde teringin g lumut dgn family ok Boleh masuk dalam list tahun depan plan nak g ... tq share info

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️